Perubahan pembuatan batik kapas di Terengganu

Kajian ini adalah bertujuan untuk membincangkan perubahan terkini yang berlaku kepada batik kapas sebagai salah satu daripada warisan batik Melayu tradisi di negeri Terengganu, Malaysia. Batik merupakan salah satu tekstil dalam warisan kesenian dan kebudayaan Melayu yang sangat berciri khas. Walaupu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nurul Aliah Sofea Muhammad Bakti,, Muammar Ghaddafi Hanafiah,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/18387/1/52626-173035-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/18387/
https://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/1446
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini adalah bertujuan untuk membincangkan perubahan terkini yang berlaku kepada batik kapas sebagai salah satu daripada warisan batik Melayu tradisi di negeri Terengganu, Malaysia. Batik merupakan salah satu tekstil dalam warisan kesenian dan kebudayaan Melayu yang sangat berciri khas. Walaupun begitu, aspek penghasilan seni batik Melayu tradisi ini sering berubah mengikut kehendak dan tuntutan zaman. Oleh kerana keluwesan yang sedemikian, perusahaan batik tradisi ini masih dapat bertahan merentas zaman walaupun terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran dunia tekstil dan fesyen global. Namun, perubahan ini tidak dapat dibuktikan melainkan dengan dibuat kajian spesifik dan bersifat semasa mengenainya. Kawasan kajian yang dipilih adalah di Batik Desa Paloh yang terletak di Kampung Tok Jembal, Kuala Terengganu, Terengganu. Objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti latar belakang batik kapas dan aspek penghasilannya di masa kini serta menganalisis aspek-aspek perubahan pada padanya dan faktor-faktor perubahan tumpuan para pengusaha dari batik sutera kepada batik kapas. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan kaedah kajian kepustakaan dan kajian lapangan seperti tinjauan, temu bual berfokus dan rakaman fotografi. Data dianalisis menggunakan konsep perubahan. Hasil kajian menunjukkan batik kapas khususnya tidak mengalami perubahan dari segi material kapas yang digunakan untuk menghasilkannya. Namun, beberapa perubahan lain dapat dikesan seperti perubahan pada penghasilan corak motif, proses atau teknik penghasilan batik kapas, rekaan atau bentuk penggunaan dan sasaran para penggunanya oleh para pengusaha. Faktor-faktor perubahan tumpuan para pengusaha batik tempatan dari menghasilkan batik sutera kepada batik kapas secara meluas ialah faktor pemilihan motif, harga, permintaan, persekitaran, hubungan serantau dan kecanggihan teknologi.