Pengasingan dan pengesanan asid deoksiribonukleik (DNA) spesies haiwan menggunakan multipleks tindak balas rantaian polimerase (PCR) daripada minyak sapi

Kajian ini dijalankan untuk mengesan asid deoksiribonukleik (DNA) spesies haiwan dalam campuran minyak sapi menggunakan teknik tindak balas rantaian polimerase (PCR) multipleks. Kebolehdapatan DNA daripada produk berminyak membolehkan analisis PCR dijalankan dan sekaligus boleh menentukan kehadiran...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
Main Authors: Nurul Hanisah Noor Azli,, Sahilah Abd Mutalib,, Haslaniza Hashim,, Maaruf Abd Ghani,, Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim,
格式: Article
語言:English
出版: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
在線閱讀:http://journalarticle.ukm.my/18299/1/11.pdf
http://journalarticle.ukm.my/18299/
https://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid50bil11_2021/KandunganJilid50Bil11_2021.html
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini dijalankan untuk mengesan asid deoksiribonukleik (DNA) spesies haiwan dalam campuran minyak sapi menggunakan teknik tindak balas rantaian polimerase (PCR) multipleks. Kebolehdapatan DNA daripada produk berminyak membolehkan analisis PCR dijalankan dan sekaligus boleh menentukan kehadiran spesies haiwan produk tersebut dengan menggunakan primer haiwan yang khusus-spesies. Gen sasaran adalah DNA mitokondria (mtDNA) Sitokrom oksidase II (COII) untuk menentukan lembu, manakala mtDNA tRNA-ATP8 dan DNA nuklear (nDNA) Elemen Nuklear Berselang pendek (SINE) untuk menentukan babi. Terdapat satu kawalan (S1) dan tiga sampel campuran minyak sapi dengan gelatin babi ditambah pada kepekatan berbeza iaitu 1%, 3% dan 5% (w/v) (S2, S3 dan S4). Analisis PCR simpleks menggunakan primer spesies-spesifik yang disebutkan, berjaya mengamplifikasi DNA lembu dengan amplikon bersaiz 165 bp (COII) dan DNA babi dengan amplikon 212 bp (tRNA-ATP8) dan 161 bp (SINE). Manakala, teknik PCR multipleks yang telah dioptimumkan menggunakan primer mtDNA (tRNA-ATP8) dan nDNA (SINE) untuk menentukan kehadiran haiwan babi, juga menghasilkan amplikon bersaiz yang sama. Oleh itu, kajian menunjukkan bahawa kaedah PCR multipleks adalah kaedah yang mudah, ringkas dan pantas untuk menentukan kehadiran DNA babi di dalam sampel campuran produk minyak sapi selain daripada kaedah PCR simpleks.