Hidrogel berasaskan pektin kulit buah naga (Hylocereus polyrhizus) sebagai pembawa ubat melalui sistem penghantar oral
Kajian ini memfokuskan kepada aplikasi hidrogel berasaskan ekstrak pektin daripada kulit buah naga (Hylocereus polyrhizus) yang digunakan sebagai biobahan pembawa ubat. Sebanyak 5 sampel telah disediakan dengan peratus komposisi pektin yang berbeza (0%, 0.5%, 1.0%, 1.5%, 2.0%). Keputusan menunjukkan...
Saved in:
Main Authors: | , , , , , , , , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2021
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/18298/1/10.pdf http://journalarticle.ukm.my/18298/ https://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid50bil11_2021/KandunganJilid50Bil11_2021.html |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini memfokuskan kepada aplikasi hidrogel berasaskan ekstrak pektin daripada kulit buah naga (Hylocereus polyrhizus) yang digunakan sebagai biobahan pembawa ubat. Sebanyak 5 sampel telah disediakan dengan peratus komposisi pektin yang berbeza (0%, 0.5%, 1.0%, 1.5%, 2.0%). Keputusan menunjukkan hidrogel dengan 1.0% pektin telah mengembang secara maksimum pada pH 7. Imej daripada mikroskop elektron pengimbas (SEM) mendapati saiz keporosan hidrogel meningkat dengan penambahan pektin. Potensi hidrogel sebagai agen pembawa ubat telah dilakukan dengan melihat kecekapan muatan ubat, ujian perlepasan ubat dan ujian biodegradasi di dalam saluran pencernaan menggunakan medium simulasi perut (SGF), usus (SIF) dan kolon (SCF) secara in-vitro secara tanpa/kehadiran enzim. Hasil ujian ketoksikan menggunakan kaedah embrio ikan kuda belang (Danio rerio) telah memberikan keputusan yang negatif terhadap hidrogel yang diuji. |
---|