Ke arah Pilihan Raya Umum ke-15 : dinamika pilihan raya negeri Sabah 2020 dan pengajarannya
Penubuhan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada awal Mac 2020 telah merubah lanskap politik Malaysia secara signifikan terutamanya dari sudut permuafakatan antara parti, keutuhan sistem kepartian dan persaingan politik. Permuafakatan baharu telah dibentuk oleh Bersatu, PAS, UMNO/BN dan disokong oleh...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2021
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/18198/1/49880-172561-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/18198/ https://ejournal.ukm.my/gmjss/issue/view/1443 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Penubuhan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada awal Mac 2020 telah merubah lanskap politik Malaysia secara signifikan terutamanya dari sudut permuafakatan antara parti, keutuhan sistem kepartian dan persaingan politik. Permuafakatan baharu telah dibentuk oleh Bersatu, PAS, UMNO/BN dan disokong oleh GRS di satu pihak, di satu pihak lagi - Pakatan Harapan (PH) kembali kepada tiga parti asalnya iaitu PKR, DAP dan Amanah. Perpecahan politik ini, berbanding atas dasar kepartian, sebaliknya berlaku atas pecahan kepentingan kelompok elit. Pecahan Bersatu melahirkan parti serpihan iaitu PEJUANG dan MUDA. Perpecahan dalaman PKR pula menyebabkan kem Azmin Ali menyertai Bersatu. Persaingan kekal tinggi namun sistem kepartian dan kerjasama antara parti pula melemah. Berlatar belakangkan dinamika inilah, Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah diadakan, selepas kerajaan negeri pimpinan Shafie Apdal ditumbangkan di luar dewan perundangan pada penghujung Julai 2020. Untuk itu, objektif utama penulisan adalah, pertama, artikel ini meneroka faktor-faktor di sebalik kemenangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di dalam PRN Sabah 2020. Kedua, artikel ini menghubungkaitkan amalan, dinamika serta pengajaran daripada praktik politik dan pilihan raya Sabah 2020 dengan konteks kontemporari politik kepartian dan persaingan kuasa di peringkat nasional, ke arah Pilihan Raya Umum ke-15. Metodologi penulisan ini diasaskan dari garapan data-data sekunder dan beberapa temubual dengan beberapa aktor yang terlibat di dalam PRN itu. Implikasi PRN Sabah 2020 tidaklah semata-mata sebagai pentas untuk memilih kerajaan baharu di wilayah itu, ia turut signikan dalam merefleksi situasi politik permufakatan dan amalan kepartian kontemporari di Malaysia, serta masalah-masalah yang bersangkutan dengannya termasuk masalah lompat parti dan ketidakstabilan politik kepartian. |
---|