Saman penghutang penghakiman : keperluan perintah nafkah atau perintah tunggakan nafkah

Saman penghutang penghakiman (SPP) adalah penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah dalam Akta/Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah di negeri-negeri di Malaysia. Saman penghutang penghakiman dibincangkan dalam peruntukan khas di Bab 4 Akta/Enakmen tersebut dan ia adalah pelaksanaan perintah yang berk...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Hazwan Ismail,, Jasni Sulong,
Format: Article
Language:English
Published: Pusat Penyelidikan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/18189/1/JCIL-2021-61-Article-4.pdf
http://journalarticle.ukm.my/18189/
http://www.ukm.my/jcil/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Saman penghutang penghakiman (SPP) adalah penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah dalam Akta/Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah di negeri-negeri di Malaysia. Saman penghutang penghakiman dibincangkan dalam peruntukan khas di Bab 4 Akta/Enakmen tersebut dan ia adalah pelaksanaan perintah yang berkait dengan kewangan sahaja. Permasalahan berlaku apabila berlaku dua keputusan mahkamah yang berbeza berhubung permohonan saman penghutang penghakiman, yang meminta pemohon mendapatkan perintah tunggakan nafkah terlebih dahulu, dan terdapat kes yang membenarkan permohonan saman penghutang penghakiman apabila berlaku sahaja tunggakan daripada perintah nafkah sebelumnya. Isu yang timbul di sini ialah manakah daripada kedua keputusan tersebut yang lebih tepat dan adil kepada pihak-pihak yang bertikai? Kajian ini adalah berbentuk kajian kualitatif yang dilakukan secara kajian dokumentasi dan pemerhatian, iaitu kajian akan meneliti dokumen-dokumen yang terdiri daripada statut, Arahan Amalan dan kes-kes yang telah diputuskan. Dapatan kajian mendapati bahawa penuntut boleh memohon saman penghutang penghakiman tanpa perlu mendapatkan perintah tunggakan nafkah. Taksiran tunggakan nafkah boleh diperolehi melalui Pendaftar Mahkamah dengan mengemukakan dokumen yang mencukupi. Penuntut perlu mengemukakan keterangan serta dokumen yang kukuh bagi mendapatkan taksiran nafkah sebelum SPP dikeluarkan. Prosedur ini akan dapat melaksanakan hak pemiutang penghakiman dengan segera tanpa perlu proses perbicaraan yang memakan masa untuk mendapat perintah tunggakan nafkah.