Peranan akidah dan penghayatan ibadah dalam catatan kembara ‘Pelukis Jalanan’ dan ‘Arkitek Jalanan’ karya Teme Abdullah berdasarkan konsep pembangunan insan
Kajian ini membincangkan konsep pembangunan insan yang berhubung kait secara langsung dengan Prinsip Pengkarya Mengistikmalkan Diri dalam Teori Takmilah. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah analisis kandungan untuk mengkaji karya Teme Abdullah iaitu Pelukis Jalanan dan Arkitek...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2021
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/18030/1/53075-174649-1-SM.pdf http://journalarticle.ukm.my/18030/ https://ejournal.ukm.my/ijwas/issue/view/1445 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini membincangkan konsep pembangunan insan yang berhubung kait secara langsung dengan Prinsip Pengkarya Mengistikmalkan Diri dalam Teori Takmilah. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah analisis kandungan untuk mengkaji karya Teme Abdullah iaitu Pelukis Jalanan dan Arkitek Jalanan sebagai sumber utama penganalisian. Di samping itu, kajian ini juga menggunakan kerangka Teori Takmilah yang diasaskan oleh Shafie Abu Bakar bagi menganalisis catatan kembara Teme Abdullah di Kota London. Analisis yang telah dilaksanakan adalah berkaitan dengan konsep pembangunan insan yang boleh dicapai melalui dua aspek utama iaitu aspek akidah dan ibadah. Bagi aspek peranan akidah, hasil kajian mendapati bahawa konsep pembangunan insan dapat dilihat dan diaplikasikan oleh penulis melalui penghayatan terhadap konsep tawhid al-uluhiyyah, tawhid asma’ wa sifat dan pengukuhan tauhid dari segi lafaz hawqalah dalam kehidupannya. Manakala bagi aspek penghayatan ibadah pula, penulis mengetengahkan ibadah khusus seperti solat dan puasa di samping ibadah lain iaitu sedekah dan ibadah kebajikan yang turut memberi kesan terhadap pembangunan personaliti seseorang individu. Menerusi keseluruhan analisis, dapat disimpulkan bahawa konsep pembangunan insan sememangnya mempunyai hubung kait yang sama dengan prinsip yang diketengahkan dalam Teori Takmilah. Oleh itu, hal ini mencirikan karya kembara kontemporari popular yang turut memaparkan ilustrasi lukisan tangan oleh Teme Abdullah yang menggunakan nama pena itu, sebagai sebuah karya sastera Islam. |
---|