Refleksi pelaksanaan praktis kerja sosial kumpulan melalui medium talian
Dalam berhadapan dengan isu kesihatan dunia kini iaitu pandemik Covid-19, praktis kerja sosial yang menggunakan kaedah kumpulan menjadi sangat terhad. Keperluan kerja kumpulan yang melibatkan perjumpaan bersama dengan ahli kumpulan menjadi sangat mencabar kerana perjumpaan secara berkumpulan itu ada...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2021
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/18010/1/50424-164314-1-SM.pdf http://journalarticle.ukm.my/18010/ https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1416 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Dalam berhadapan dengan isu kesihatan dunia kini iaitu pandemik Covid-19, praktis kerja sosial yang menggunakan kaedah kumpulan menjadi sangat terhad. Keperluan kerja kumpulan yang melibatkan perjumpaan bersama dengan ahli kumpulan menjadi sangat mencabar kerana perjumpaan secara berkumpulan itu adalah suatu yang perlu dielakkan lantaran boleh mendatangkan risiko dijangkiti Covid-19. Objektif kajian ini ialah untuk mengkaji cabaran yang dihadapi oleh pekerja sosial semasa melaksanakan kaedah kerja kumpulan secara norma baharu iaitu secara dalam talian. Kajian bersifat penerokaan awal ini menggunakan kaedah analisis dokumen. Teknik pensampelan yang digunakan adalah pensampelan bertujuan. Data kajian melibatkan 20 buah dokumen laporan kerja lapangan oleh seramai 20 orang pekerja sosial yang mengikuti program Diploma Pasca Siswazah Kerja Sosial (DPSKS) dan telah menjalankan kerja kumpulan selama 7 minggu secara dalam talian. Kumpulan klien yang dikendalikan oleh mereka adalah terdiri daripada 20 kumpulan remaja akhir yang sedang mengikuti pengajian di universiti tempatan. Jumlah keseluruhan responden adalah seramai 94 orang. Data kajian ini kemudiannya dianalisis dengan menggunakan teknik analisis dokumen. Hasil kajian yang dijalankan mendapati lima isu utama yang menjadi cabaran apabila melaksanakan kerja kumpulan atas talian iaitu (i) reaksi ahli kumpulan tidak jelas (ii) rappo yang lebih lama (iii) masalah teknikal (iv) kurang kohesion sesama ahli kumpulan dan (v) cabaran daya tindak pekerja sosial. Kreativiti pekerja sosial amat disarankan supaya pelaksanaan kerja kumpulan dapat diberikan secara maksima walaupun tidak seperti keadaan bersemuka. |
---|