Pematuhan syariah dalam penyediaan dokumentasi perundangan melibatkan pembiayaan Islam dan instrumen pengurusan kekayaan Islam di Malaysia
Pematuhan Syariah adalah intipati utama di dalam apa-apa jua transaksi kewangan Islam dan instrumen pengurusan kekayaan Islam dan aspek ini perlu dicerminkan di dalam dokumentasi perundangan berkaitan. Ini selari dengan galakan untuk menulis kontrak seperti yang disarankan dalam Al-Qur’an, walaupun...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2021
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/17986/1/48469-157272-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/17986/ https://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1398 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pematuhan Syariah adalah intipati utama di dalam apa-apa jua transaksi kewangan Islam dan instrumen pengurusan kekayaan Islam dan aspek ini perlu dicerminkan di dalam dokumentasi perundangan berkaitan. Ini selari dengan galakan untuk menulis kontrak seperti yang disarankan dalam Al-Qur’an, walaupun saranan tersebut adalah dalam kontrak hutang, namun ia adalah terpakai dalam konteks pembiayaan Islam dan pengurusan kekayaan bagi mengelakkan konflik atau pertikaian di kemudian hari. Walau bagaimanapun, dapat diperhatikan bahawa tidak ramai pengamal undang-undang dan pemain industri yang mendalami aspek penderafan dan perincian berhubung kontrak pembiayaan Syariah dan pengurusan kekayaan Islam. Akibat daripada kecacatan material pada dokumentasi kontraktual yang sepatutnya menjadi akad di antara pihak-pihak, sesuatu transaksi tersebut berkemungkinan dianggap tidak sah di sisi undang-undang dan tidak dapat dikuatkuasakan. Malah, dokumentasi perundangan juga tidak boleh hanya melihat sudut pematuhan Syariah semata-mata sebaliknya adalah menjadi keperluan untuk menangani isu melibatkan konflik perundangan dan pelaksanaan kontrak di bawah perundangan sivil yang terpakai. Isu ini perlu diperhalusi bagi memastikan aspek pembiayaan Islam dan pengurusan kekayaan ini boleh dikembangkan dalam sektor kewangan Islam. Oleh itu, makalah ini menganalisis elemen-elemen utama bagi membentuk kontrak pembiayaan Islam dan pengurusan kekayaan Islam yang sah menurut undang-undang. Selain itu, makalah ini turut meneliti pendekatan yang digunakan oleh mahkamah Malaysia dalam memutuskan isu berkaitan kontrak Syariah yang defektif dan tidak sah. Pada bahagian akhir makalah ini, beberapa cadangan dikemukakan bagi memberikan penyelesaian alternatif untuk meremedikan kecacatan pada kontrak pembiayaan Islam dan pengurusan kekayaan Islam. |
---|