Pembangunan kerohanian usahawan Melayu di Malaysia : tinjauan dari perspektif guru-guru Murshid

Kerohanian merupakan aspek paling penting dalam diri seseorang usahawan Melayu. Sistem kerohanian seorang usahawan yang terdiri daripada hati, nafsu, akal dan roh perlu di bangunkan melalui kaedah bimbingan seorang guru murshid. Kegagalan usahawan Melayu untuk membangunkan sistem kerohanian adalah d...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abu Yazid Abdul Kadir,, Ahmad Fakhrurrazi Mohammed Zabidi,, Salmy Edawati Yaacob,
Format: Article
Language:English
Published: Pusat Kelestarian Turath Islami, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/17972/1/195-374-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/17972/
https://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath/issue/view/14
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kerohanian merupakan aspek paling penting dalam diri seseorang usahawan Melayu. Sistem kerohanian seorang usahawan yang terdiri daripada hati, nafsu, akal dan roh perlu di bangunkan melalui kaedah bimbingan seorang guru murshid. Kegagalan usahawan Melayu untuk membangunkan sistem kerohanian adalah disebabkan oleh faktor kekurangan amalan kerohanian seperti suluk, suhbah, adab, zikir, puasa, solat, zakat dan muraqabah. Kajian ini akan meneliti faktor tersebut secara mendalam khususnya terhadap usahawan bertarekat dengan usahawan tidak bertarekat. Justeru, kajian ini bertujuan untuk meneroka amalan-amalan kerohanian dari sudut pandang guru-guru murshid yang membawa kejayaan dalam bidang keusahawanan di Malaysia. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan mengambil pendekatan analisis kandungan, pemerhatian dan kaedah temubual mendalam. Hasil kajian mendapati amalan kerohanian mempengaruhi sifat peribadi usahawan, membina keyakinan diri, membina sistem pertahanan diri, dan membentuk akhlak mulia. Di samping itu, amalan kerohanian turut membantu kepada aspek pengurusan diri dan perniagaan yang lebih bermanfaat sehingga membawa kepada kejayaan di dunia dan di akhirat kelak.