Asbab Al-Nuzul di dalam Tafsir Nurul Ihsan

Tafsir Nurul Ihsan merupakan Tafsir Bahasa Melayu pertama yang dihasilkan oleh ulama Malaysia iaitu Muhammad Sa’id bin Umar yang dilahirkan pada tahun 1275h/ 1854m di Kampung Kuar, Jerlun, Kedah Darul Aman. Riwayat Asbāb al-Nuzūl telah mendominasi sebahagian kecil daripada tafsir ini. Riwayat-riwaya...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Nazri Ahmad,, Izmir Fareez Noorazalan,, Hamdi Ishak,
Format: Article
Language:English
Published: Pusat Kelestarian Turath Islami, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/17971/1/191-366-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/17971/
https://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath/issue/view/14
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tafsir Nurul Ihsan merupakan Tafsir Bahasa Melayu pertama yang dihasilkan oleh ulama Malaysia iaitu Muhammad Sa’id bin Umar yang dilahirkan pada tahun 1275h/ 1854m di Kampung Kuar, Jerlun, Kedah Darul Aman. Riwayat Asbāb al-Nuzūl telah mendominasi sebahagian kecil daripada tafsir ini. Riwayat-riwayat yang dikemukakan adalah data yang ditransformasi oleh penulis daripada hadith-hadith dan kitab-kitab tafsir yang lain yang tidak dijelaskan sumber pengambilan dan kedudukan serta tiada kritikan. Artikel ini akan mengulas secara umum tentang Asbab al-Nuzul didalam Tafsir Nurul Ihsan. Hasil kajian mendapati Muhammad Sa’id hanya merujuk dua kitab sahaja dalam menukilkan riwayat-riwayat Asbāb al-Nuzūl iaitu Tafsīr al-Jalālayn dan al-Futuhāt al-Ilāhiyyah atau lebih dikenali dengan Hāshiah al-Jamal. Kajian ini juga mendapati terdapat 172 riwayat-riwayat Asbāb al-Nuzūl, 68 daripadanya adalah sahih dan 104 adalah da’if. Implikasi daripada kajian mendapati riwayat-riwayat Asbāb al-Nuzūl yang dacif memberi kesan terhadap kredibiliti tafsir ini sebagai rujukan utama bagi para pelajar dan masyarakat dan mengurangkan keautoritiannya untuk dijadikan rujukan terhadap riwayat-riwayat yang lain.