Bahasa Campa sebelum abad ke-19 M : pencapaian ilmunya dan pengayaan bahasa Melayu kini

Keserumpunan Campa dengan Melayu diperlihatkan menerusi kebudayaan (agama dan bahasa). Mulanya seagama Hindu dan Buddha kemudian Islam. Dipaparkan bukti Islamnya Campa lebih awal daripada penduduk di Malaya bahkan dengan Sumatera (Aceh) yang biasa dianggap kerajaan Malayonesia pertama memeluk Islam....

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Shaharir Mohamad Zain,
Format: Article
Language:English
Published: Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/17951/1/246-451-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/17951/
http://arkeologimalaysia.org.my/jurnalarkeologi/index.php/jurnalarkeologi/issue/view/40
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Keserumpunan Campa dengan Melayu diperlihatkan menerusi kebudayaan (agama dan bahasa). Mulanya seagama Hindu dan Buddha kemudian Islam. Dipaparkan bukti Islamnya Campa lebih awal daripada penduduk di Malaya bahkan dengan Sumatera (Aceh) yang biasa dianggap kerajaan Malayonesia pertama memeluk Islam. Pembesar Istana Campa telah Islam mulai akhir abad ke-9 M dan kami buktikan raja Campa pertama memeluk Islam ialah tahun 960 M. Keserumpunan bahasa Campa dengan bahasa Melayu, iaitu rumpun bahasa Austronesia, mulai dikaji 1822 oleh Crawford dan diperkukuh oleh ramai sarjana terutamanya oleh Keane dan Kern (akhir abad ke-19 M). Pelbagai kaedah kajian keserumpuan dipaparkan dan satu daripadanya menerusi keserupaan perkataan. Dalam hal ini penulis ini sendiri melakukan kajian sebegini berasaskan kamus Aymonier dan Cabaton (1906) dan mendapati sekitar 39 peratus serupanya perkataan Campa dengan Melayu. Ini lebih tinggi daripada keperluan minimum 30% wujudnya perkataan yang serupa dalam kalangan serumpun bahasa. Bukti tertua keserumpunan bahasa Campa dengan bahasa Melayu ialah pengelompokan sarjana China abad ke-4 M lagi tentang bahasa ini dengan bahasa Funan dan Sriwijaya sebagai bahasa Kunlun, atau malah lebih awal lagi sebagai bahasa Kolan oleh Yunani abad pertama Masihi. Dengan menggunakan kamus ini dan 115 buah prasasti Campa dalam bahasa Campa yang telah dikumpul dan diterjemah ke dalam bahasa Melayu kini oleh Zahrin dan Alinor (2018), maka dibuktikan bahasa Campa menjadi asas semua istilah bilangan dalam bahasa Melayu yang bersistem perpuluhan, dari istilah kosong (khaung/khuong) hingga puluh (pluh), ratus (ratuh/rituh), ribu (ribu/ribau/ribuv/rabak/ rabau/ rabuv/ ribuv/rubau/rubuv) , laksa (lasa, taman), keti (kot), juta (chai), koc/tik (sepuluh juta), haval (seratus juta) dan kotchai (seratus bilion). Bahasa Campa mengangkat bahasa Melayu menjadi wahana tertua kedua di dunia dalam ilmu kepemimpinan menerusi Prasasti Mi Son XVI bertarikh 1010 Saka (=1088 M). Bahasa Campa mampu menjadi sumber pengayaan wahana ilmu dalam bahasa Melayu kini menerusi istilah yang telah ada dalam bahasa Campa berabad-abad lamanya seperti untuk beberapa perkataan Inggeris yang masih tiada dalam bahasa Melayu ad infinitum, pole star atau loadstar, artisan, contemplation, enlightened, instantaneously, knowledgeable, learned, next, sage dan supernatural. Bahasa Campa mampu membuktikan banyaknya perkataan bahasa Melayu yang asli, bukan yang dimomokkan hanya ada empat-lima patah perkataan sahaja itu. Bahasa Campa juga membuktikan bahasa Melayu memang telah lama sebelum Islam lagi menjadi wahana berfikir dan berkarya kerana adanya perkataan asli untuk perkataan fikir, tafakur, ilmu, aritmetik, matematik, sains, kritik, logik, minda, mistik, refleksi dan istilah-istilah dalam hasil seni bina dan teknologi khasnya seperti istilah Campa untuk candi / wat, istana, persada, rumah, empangan, lebuh raya, pengairan, tali air, dan terusan. Ada dijumpai nama jurutera Campa dalam prasastinya, Prasasti Drai Lai I, bertarikh 1331 M. Bahasa Campa, menerusi Kamus Aymonier dan Cabaton itu, mampu memberi etimologi perkataan dalam bahasa Melayu yang selama ini tidak diketahui dan ini boleh menjadi pelengkap kepada kamus etimologi mutakhir bahasa Melayu-Indonesia oleh DPK (1996), KITLV (2008), DBP (2020) dan MCP (1991- kini).