Persepsi klien terhadap hubungan antara ciri kualiti audit dan jenama firma audit
Objektif kajian adalah untuk mengkaji persepsi pelanggan terhadap hubungan antara dua atribut kualiti audit iaitu kecekapan dan kebebasan dan jenama firma audit. Kecekapan dan kebebasan kualiti audit dipecahkan kepada firma audit dan pasukan audit. Data kajian diperolehi menerusi soal selidik yang...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2021
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/17927/1/51962-170538-2-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/17927/ https://ejournal.ukm.my/ajac/issue/view/1432 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Objektif kajian adalah untuk mengkaji persepsi pelanggan terhadap hubungan antara dua atribut kualiti audit iaitu
kecekapan dan kebebasan dan jenama firma audit. Kecekapan dan kebebasan kualiti audit dipecahkan kepada firma
audit dan pasukan audit. Data kajian diperolehi menerusi soal selidik yang dihantar kepada syarikat tersenarai dan
tidak tersenarai di Bursa Malaysia. Sebanyak 74 soal selidik yang telah dikembalikan dianalisis menggunakan kaedah
regresi berganda. Hasil kajian menunjukkan atribut kecekapan firma audit dan kebebasan pasukan audit mempunyai
hubungan yang positif dan signifikan terhadap jenama firma. Manakala kebebasan firma audit dan kecekapan pasukan
audit tidak mempunyai hubungan dengan jenama firma. Dapatan kajian ini menyumbang dalam memahami tanggapan
pelanggan terhadap kualiti audit samada firma audit atau pasukan audit mempunyai kaitan terhadap jenama mereka,
termasuk firma audit Big 4. Pembuat dasar sewajarnya mengambilkira penemuan ini dalam menentukan sebarang
bentuk polisi dan peraturan terhadap pengamal profesion pengauditan, khususnya di negara membangun seperti
Malaysia. |
---|