Analisis gaya pembelajaran dalam kalangan pelajar Cina di universiti swasta dalam subjek bahasa kebangsaan A berdasarkan model Grasha-Riechmann yang diperluas
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti gaya pembelajaran pelajar yang paling dominan bagi subjek Bahasa Kebangsaan A berdasarkan gaya pembelajaran Grasha-Riechmann (1996) yang diperluas di Universiti Swasta. Kajian kuantitatif ini dijalankan berdasarkan gaya pembelajaran pelajar diperluas yan...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2021
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/17919/1/272-525-1-SM.pdf http://journalarticle.ukm.my/17919/ https://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/issue/view/81 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti gaya pembelajaran pelajar
yang paling dominan bagi subjek Bahasa Kebangsaan A berdasarkan gaya
pembelajaran Grasha-Riechmann (1996) yang diperluas di Universiti Swasta.
Kajian kuantitatif ini dijalankan berdasarkan gaya pembelajaran pelajar diperluas
yang menglibatkan lapan jenis elemen gaya pembelajaran, iaitu gaya pembelajaran
berdikari, penghindaran, bekerjasama, bergantung, persaingan, penyertaan,
pengalaman dan pemerhatian. Seramai 242 orang pelajar berbangsa Cina yang
mengikuti kursus Bahasa Kebangsaan A di IPTS dilibatkan dalam kajian ini.
Kajian ini menggunakan borang soal selidik bagi memperoleh data daripada
responden. Data dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Social
Science (SPSS) versi 25 untuk mendapatkan nilai min dan sisihan piawai. Hasil
kajian menunjukkan bahawa gaya pembelajaran paling dominan diamalkan oleh
pelajar dalam proses pembelajaran Bahasa Kebangsaan A ialah gaya pembelajaran
bekerjasama, diikuti oleh berdikari, penyertaan, bergantung, pemerhatian,
pengalaman, persaingan dan yang paling terendah sekali ialah penghindaran. Hasil
kajian mengikut jantina pula mendapati bahawa gaya pembelajaran pelajar yang
paling dominan dalam kalangan pelajar lelaki adalah gaya pembelajaran
bekerjasama (M=3.753, SP=0.55564) manakala gaya pembelajaran pelajar yang
paling dominan dalam kalangan pelajar perempuan adalah gaya pembelajaran
penyertaan (M=3.6887, SP=0.47636). Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa
pensyarah perlu memberi penekanan terhadap gaya pembelajaran bekerjasama
dalam kalangan pelajar kerana gaya ini merupakan gaya pembelajaran yang paling
dominan dalam kalangan pelajar IPTS ketika mempelajari Bahasa Kebangsaan A. |
---|