Tahap pengetahuan dan kekangan yang dihadapi oleh guru bahasa Melayu ketika menggunakan aplikasi Google Meet dalam pengajaran dan pembelajaran dalam talian

Penggunaan aplikasi Google Meet (GM) merupakan suatu kaedah dalam manual pengajaran yang telah diperkenalkan oleh KPM. Kajian ini bertujuan untuk meneroka tahap pengetahuan dan kekangan yang dihadapi guru ketika menggunakan aplikasi GM sebagai medium pelaksanaan PdP Bahasa Melayu secara dalam talian...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ugartini Magesvaran,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/17915/1/265-510-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/17915/
https://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/issue/view/81
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penggunaan aplikasi Google Meet (GM) merupakan suatu kaedah dalam manual pengajaran yang telah diperkenalkan oleh KPM. Kajian ini bertujuan untuk meneroka tahap pengetahuan dan kekangan yang dihadapi guru ketika menggunakan aplikasi GM sebagai medium pelaksanaan PdP Bahasa Melayu secara dalam talian di sekolah menengah. Seramai 11 orang guru Bahasa Melayu di Kulim, Kedah dijadikan peserta kajian untuk ditemu bual. 5 orang guru Bahasa Melayu yang mengajar di sekolah kategori bandar dan 6 orang guru Bahasa Melayu yang mengajar di sekolah kategori luar bandar dipilih sebagai peserta kajian. Semua guru Bahasa Melayu ialah guru berpengalaman. Data temu bual dianalisis secara naratif. Dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan guru Bahasa Melayu tentang penggunaan aplikasi GM dalam PdP Bahasa secara dalam talian adalah tinggi. Kekangan dan kesukaran yang dihadapi oleh guru Bahasa Melayu ketika mengajar menggunakan aplikasi GM ialah sikap pelajar yang tidak bersedia untuk belajar secara dalam talian, di samping sikap ibu bapa yang tidak memberi kerjasama semasa PdP dalam talian dijalankan. Kajian ini membuktikan bahawa walaupun PdP dalam talian suatu norma baharu dalam konteks pendidikan di Malaysia, tetapi guru-guru menunjukkan komitmen yang tinggi untuk melaksanakan PdP secara talian. Guru-guru menggunakan pelbagai pendekatan dan kaedah mengajar berbantukan aplikasi digital seperti GM untuk menarik minat pelajar untuk belajar secara dalam talian.