Kesedaran sensitiviti moral melalui aktiviti analisis filem pendek : satu kajian tindakan di kelas Pendidikan Moral

Sensitiviti moral merupakan unsur yang menjadi tunjang kepada sesuatu perlakuan moral. Sensitiviti moral melibatkan proses mentafsir perasaan orang lain, kemahiran empati dan patuh kepada prinsip moral. Justeru artikel ini membincangkan hasil kajian tentang potensi aktiviti menonton dan analisis fil...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Vasanthan Gurusamy,, Nadarajan Thambu,, Chander Vengadasalam,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2019
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/17673/1/26698-101954-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/17673/
https://ejournal.ukm.my/jpend/issue/view/1164
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Sensitiviti moral merupakan unsur yang menjadi tunjang kepada sesuatu perlakuan moral. Sensitiviti moral melibatkan proses mentafsir perasaan orang lain, kemahiran empati dan patuh kepada prinsip moral. Justeru artikel ini membincangkan hasil kajian tentang potensi aktiviti menonton dan analisis filem pendek sebagai kaedah pengajaran dalam mencungkil unsur sensitiviti moral dalam kalangan murid sekolah menengah. Seramai 18 orang murid perempuan dan lelaki (tiga kumpulan berfokus) dari kelas Pendidikan Moral tingkatan empat digunakan untuk tujuan pengumpulan data. Teknik pensampelan bertujuan digunakan untuk memilih peserta kajian. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian tindakan yang menggunakan kaedah temu bual, pemerhatian dan penulisan jurnal murid. Dapatan kajian menunjukkan aktiviti menonton dan analisis filem pendek dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral mampu mencungkil sensitiviti moral dalam kalangan murid tingkatan empat. Mempunyai sensitiviti moral adalah satu nilai murni yang amat penting kepada seseorang murid dalam memupuk kesedaran tentang sesuatu isu moral dan keupayaan untuk mengambil pertimbangan wajar sebelum menyelesaikan sesuatu konflik.