Validasi kaedah kromatografi cecair berprestasi tinggi (HPLC) jenis penukar ion dan perbandingannya terhadap HPLC jenis fasa berbalik bagi penentuan jumlah homosisteina

Kajian ini dijalankan untuk menilai kemampuan kaedah penentuan jumlah homosisteina dalam plasma dengan menggunakan kromatografi cecair berprestasi tinggi jenis penukar ion (HPLC-IEC) dan membandingkan kaedah ini dengan kit komersil yang menggunakan kromatografi cecair berprestasi tinggi jenis fasa b...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Affandi Omar,, Siti Rozilah Abdul Kadir,, Salina Abdul Rahman,, Fatimah Diana Amin Nordin,, Balqis Kamarudin,, Nur Jannaim Muhamad,, Rosnani Mohamed,, Nurul Adibah Rozali,, Norzahidah Khalid,, Muhd Irfan Bukhari Ahmad Nazri,, Julaina Abdul Jalil,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/17553/1/7.pdf
http://journalarticle.ukm.my/17553/
https://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid50bil7_2021/KandunganJilid50Bil7_2021.html
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dijalankan untuk menilai kemampuan kaedah penentuan jumlah homosisteina dalam plasma dengan menggunakan kromatografi cecair berprestasi tinggi jenis penukar ion (HPLC-IEC) dan membandingkan kaedah ini dengan kit komersil yang menggunakan kromatografi cecair berprestasi tinggi jenis fasa berbalik (HPLC-RPC). Validasi kaedah bagi penentuan jumlah homosisteina menggunakan HPLC-IEC telah dilakukan mengikut panduan yang dikeluarkan oleh Jabatan Standard Malaysia. Sebanyak 57 sampel daripada pesakit yang dihantar untuk penentuan jumlah homosisteina telah diuji secara serentak untuk menentukan korelasi antara kedua kaedah tersebut. Hasil kajian ini mendapati bahawa validasi kaedah ini telah memenuhi keperluan ISO MS 15189 dan kelinearan sehingga 500 μM dengan pekali penentuan, r2 ialah 0.999. Kepersisan yang dikaji pada aras normal (10 μM) dan aras berpenyakit/abnormal (60 μM) bagi kebolehulangan adalah masing-masing 3.2% dan 3.8% manakala bagi kebolehasilan semula masing-masing adalah 8.0% dan 8.3%. Had pengesanan dan had pengiraan yang diperoleh adalah 0.9274 dan 3.0912 μM. Keputusan ketepatan bagi kembalian semula adalah 92% dan bias adalah -8.6%. Perbandingan kaedah yang telah divalidasi dengan kit komersil menunjukkan hubungan korelasi yang kuat antara kedua-dua kaedah ini (y = 0.721x + 4.034; r = 0.978; p<0.05). Oleh yang demikian, kaedah penentuan jumlah homosisteina menggunakan HPLC-IEC menunjukkan kepersisan yang memuaskan dan korelasi yang kuat setara dengan kit komersil yang dianalisis menggunakan HPLC-RPC. Kaedah ini lebih menjimatkan kos reagen dan mampu menganalisis lebih banyak sampel jika dibandingkan dengan kit komersil. Ini sekaligus dapat membantu dalam diagnosis bagi penyakit kepincangan metabolisme terwaris (IEM) terutama dalam metabolisme homosisteina dengan tepat.