Kesan suhu dan bahan tambah abu terbang terhadap pencirian mekanik bata daripada sisa rawatan air mentah
Penggunaan semula sisa dalam pembangunan bata giat diusahakan dan beberapa pengubahsuaian dilakukan bagi menghasilkan produk bata yang berkualiti baik dan selamat. Suhu merupakan antara faktor yang mempengaruhi cirian mekanik bata. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk melihat pengaruh suhu d...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2021
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/17523/1/5.pdf http://journalarticle.ukm.my/17523/ https://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid50bil6_2021/KandunganJilid50Bil6_2021.html |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Penggunaan semula sisa dalam pembangunan bata giat diusahakan dan beberapa pengubahsuaian dilakukan bagi
menghasilkan produk bata yang berkualiti baik dan selamat. Suhu merupakan antara faktor yang mempengaruhi cirian
mekanik bata. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk melihat pengaruh suhu dan abu terbang (RAM) terhadap sifat
mekanik bata yang dihasilkan daripada campuran sisa rawatan air mentah (RAM). Dua jenis sampel bata disediakan
melibatkan bata 100% sisa RAM (RAM100) dan bata campuran 80% sisa RAM dan 20% AT (RAM80). Kedua-dua jenis
sampel dikenakan suhu pembakaran berbeza (tanpa bakar, 500 °C, 700 °C) selama tiga jam. Ujian larutresap turut
dilakukan bagi mengenal pasti kepekatan logam berat yang hadir dalam bata. Pencirian mekanik bagi penyusutan linear
menunjukkan peningkatan dengan pertambahan suhu. Kehadiran sisa AT meningkatkan nilai penyusutan linear yang
lebih tinggi berbanding bata berasaskan RAM (RAM100) apabila suhu meningkat daripada 350 kepada 700 °C. Nilai
ketumpatan kedua-dua jenis bata turut menyusut dengan peningkatan suhu namun meningkat semula pada suhu yang
lebih tinggi (700 °C). Kedua-dua jenis bata juga menunjukkan peningkatan penyerapan air dengan peningkatan suhu.
Kehadiran AT turut mengurangkan nilai serapan air berbanding bata RAM100. Kekuatan mampatan bata meningkat
dengan peningkatan suhu dan bata RAM100 menunjukkan corak peratus peningkatan yang ketara berbanding bata RAM80.
Namun, daripada perspektif peratusan, kehadiran AT menunjukkan peratusan pertambahan kekuatan mampatan yang
ketara berbanding bata RAM100. Daripada hasil ujian larutresap dan cirian mekanik yang dilakukan, sisa rawatan air
dan abu terbang berpotensi digunakan sebagai bahan asas dalam pembangunan bata dan beberapa pengubahsuaian
diperlukan bagi mencapai piawaian yang ditetapkan sebagai bahan binaan alternatif. |
---|