Penggunaan media sosial di tempat kerja dan tingkah laku inovatif pekerja dalam kalangan milenial
Penyumbang utama kepada inovasi organisasi adalah pekerja yang mempunyai tingkah laku inovatif. Kajian ini menekankan kepentingan penggunaan media sosial di tempat kerja dalam mendorong tingkah laku inovatif pekerja. Konteks kajian adalah generasi Milenial kerana mereka sedang mendominasi alam p...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2021
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/17470/1/42697-159783-2-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/17470/ https://ejournal.ukm.my/pengurusan/issue/view/1409 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Penyumbang utama kepada inovasi organisasi adalah pekerja yang mempunyai tingkah laku inovatif. Kajian ini
menekankan kepentingan penggunaan media sosial di tempat kerja dalam mendorong tingkah laku inovatif pekerja.
Konteks kajian adalah generasi Milenial kerana mereka sedang mendominasi alam pekerjaan dan menerajui inovasi
organisasi. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk menguji penggunaan media sosial yang mampu memupuk tingkah
laku inovatif dalam kalangan Milenial di tempat kerja dan karakteristik kerja Milenial sebagai pengantara hubungan
tersebut. Borang soal selidik diagihkan secara atas talian kepada pekerja Milenial di beberapa buah organisasi di
Malaysia. Data yang diperolehi telah diuji menggunakan kaedah PLS-SEM dan hasil kajian menunjukkan terdapat
hubungan yang signifikan antara penggunaan media sosial dengan tingkah laku inovatif pekerja Milenial dan
karakteristik kerja Milenial adalah pengantara separa hubungan tersebut. Kajian ini dapat menambahkan bukti
empirikal kepada badan pengetahuan dan secara praktikalnya organisasi perlu peka dengan corak pengurusan kerja
Milenial yang seiring dengan perkembangan teknologi. |
---|