Penilaian sistem suntikan gas biohidrogen menerusi tetapan arduino menggunakan kultur mikroalga tempatan melalui kaedah fermentasi fotosintesis dan gelap

Biohidrogen (gas hidrogen yang terhasil melalui kaedah biologi) ialah salah satu sumber tenaga mampan yang boleh diaplikasi untuk penjanaan elektrik. Hasil tindak balas pembakaran gas hidrogen menghasilkan air tanpa pelepasan gas rumah hijau. Mikroalga merupakan salah satu mikroorganisma yang bo...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Kamrul Fakir Kamarudin,, Nur Farah Mohd Shukuri,, Nazlina Haiza Mohd Yasin,, Suresh Thanakodi,, Azizi Miskon,, Mohd Sobri Takriff,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/17400/1/3.pdf
http://journalarticle.ukm.my/17400/
https://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid50bil5_2021/KandunganJilid50Bil5_2021.html
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Biohidrogen (gas hidrogen yang terhasil melalui kaedah biologi) ialah salah satu sumber tenaga mampan yang boleh diaplikasi untuk penjanaan elektrik. Hasil tindak balas pembakaran gas hidrogen menghasilkan air tanpa pelepasan gas rumah hijau. Mikroalga merupakan salah satu mikroorganisma yang boleh menghasilkan biohidrogen secara fermentasi fotosintesis dan gelap. Dalam kajian ini, mikroalga tempatan, Chlamydomonas sp. UKM6 telah digunakan untuk menghasilkan biohidrogen menggunakan kedua-dua kaedah fermentasi dalam keadaan anaerobik. Fermentasi fotosintesis dijalankan menggunakan kultur UKM6 yang hidup di bawah sinaran cahaya manakala fermentasi gelap dijalankan dengan menggunakan biojisim UKM6 yang diinokulasi dengan enapcemar daripada efluen kilang kelapa sawit (POME). Gas hidrogen yang terhasil disuntik secara automatik ke dalam sistem sel bahan api menggunakan Arduino Uno yang telah dibangunkan. Dengan menggunakan data yang dipaparkan daripada program tetapan Arduino, biojisim UKM6 dalam fermentasi gelap menghasilkan gas hidrogen dan nilai voltan purata tertinggi masing-masing pada kepekatan 30.89 ppm dan 0.92 mV. Berdasarkan keputusan yang diperoleh, dapat disimpulkan bahawa mikroalga berpotensi menjana tenaga melalui penghasilan biohidrogen yang dapat terus dianalisa menggunakan teknologi sel bahan api. Sistem ini jelas dapat dapat diperbaiki lagi pada masa akan datang untuk mengukur penjanaan tenaga secara terus dengan berkesan.