Sejarah tempatan sebagai subjek novel Melayu mutakhir
Luka Nering adalah sebuah novel fiksyen sejarah Kesultanan Melayu Perak karya Malim Ghozali PK. Novel ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2014 dan tercalon untuk Anugerah Sastera Antarabangsa IMPAC Dublin 2016. Novel ini bertolak daripada peristiwa Perjanjian Pangkor 1874 ya...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2021
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/17340/1/41152-162075-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/17340/ https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1410 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Luka Nering adalah sebuah novel fiksyen sejarah Kesultanan Melayu Perak karya Malim Ghozali PK. Novel ini diterbitkan
oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2014 dan tercalon untuk Anugerah Sastera Antarabangsa IMPAC Dublin
2016. Novel ini bertolak daripada peristiwa Perjanjian Pangkor 1874 yang menyebabkan campur tangan British dalam
sistem pemerintahan. Luka Nering terhasil melalui penggabungan antara teks dalaman dan teks luaran. Gabungan
ini mengesahkan wujudnya teks dalam sebuah teks atau yang dinamakan dialog antara teks. Sehubungan itu, artikel
ini bertujuan menjawab persoalan, apakah proses dan bentuk kreatif dalam penghasilan Luka Nering memandangkan
subjeknya bersandarkan peristiwa Perjanjian Pangkor 1874? Data artikel ini diperolehi melalui kaedah kualitatif.
Kaedah kepustakaan diaplikasi sebagai instrumen kajian untuk menganalisis bahan kajian dalam artikel jurnal, buku,
tesis, akhbar dan kertas kerja. Kajian ini menggunakan teori intertekstualiti yang diasaskan oleh Julia Kristeva sebagai
kerangka analisis. Dapatan kajian menemukan bahawa proses pengkaryaan Luka Nering adalah kemasukan dari teks
luar, iaitu peristiwa Perjanjian Pangkor 1874 ke teks baharu. Bentuk peralihan pengkaryaan berlaku dari segi watak
dan latar yang mengalami proses intertekstual daripada hipoteks (teks asal) ke hiperteks (teks baru). Watak Sultan
Abdullah dalam Perjanjian Pangkor 1874 telah diubah kepada watak TC dan J.W.W. Birch kepada watak Osborne
melalui proses ekspansi. Prinsip transformasi melibatkan kehadiran lokasi sejarah, Naning dan Pulau Pinang ke dalam
Luka Nering sementara modifikasi melibatkan subjek pahlawan Melayu di Perak daripada teks asal. |
---|