Peranan komitmen organisasi sebagai pengantara dalam hubungan di antara kepimpinan transformasi dan tingkah laku kewargaan organisasi
Persaingan kerja yang tinggi pada masa kini menjadikan pekerja perlu memberikan perkhidmatan yang cemerlang dan perlu mengamalkan tingkah laku kewargaan organisasi. Oleh itu, objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji hubungan di antara kepimpinan transformasi, komitmen organisasi dan...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2021
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/17335/1/33881-161617-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/17335/ https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1410 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Persaingan kerja yang tinggi pada masa kini menjadikan pekerja perlu memberikan perkhidmatan yang cemerlang dan perlu
mengamalkan tingkah laku kewargaan organisasi. Oleh itu, objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji hubungan di
antara kepimpinan transformasi, komitmen organisasi dan tingkah laku kewargaan organisasi; menguji pengaruh kepimpinan
transformasi terhadap komitmen organisasi; menguji pengaruh kepimpinan transformasi terhadap tingkah laku kewargaan
organisasi; menguji pengaruh komitmen organsisasi terhadap tingkah laku kewargaan organisasi; dan mengkaji peranan
komitmen organisasi sebagai pengantara dalam hubungan di antara kepimpinan transformasi dan tingkah laku kewargaan
organisasi. Kajian ini menggunakan reka bentuk survei dengan pengumpulan data menggunakan soal selidik. Seramai
143 responden di Kementerian Kewangan Malaysia telah dipilih menggunakan kaedah persampelan mudah. Multifactor
Leadership Questionnaire digunakan bagi mengukur persepsi amalan kepimpinan transformasi, Affective, Normative, and
Continuance Commitment Scale untuk mengukur komitmen organisasi dan Organizational Citizenship Behavior Scale untuk
mengukur tingkah laku kewargaan organisasi. Data yang dikumpul telah dianalisis menggunakan analisis korelasi Pearson
dan regresi linear. Keputusan menunjukkan terdapat hubungan signifikan di antara kepimpinan transformasi, komitmen
organisasi dan tingkah laku kewargaan organisasi. Kepimpinan transformasi didapati meramal secara signifikan kepada
komitmen organisasi dan tingkah laku kewargaan organisasi. Dapatan juga menunjukkan komitmen organisasi berperanan
sebagai pengantara dalam hubungan di antara kepimpinan transformasi dan tingkah laku kewargaan organisasi. Dapatan
kajian ini menekankan pentingnya peranan kepimpinan transformasi dalam kalangan pemimpin dan komitmen organisasi
dalam meningkatkan tingkah laku kewargaan organisasi. Apabila ini dapat dicapai, individu pekerja akan memberikan
sumbangan yang terbaik kepada organisasi dan seterusnya menjamin keberkesanan organisasi. |
---|