Hubungan rakyat dan pemerintah dalam tradisi lisan dari perspektif kepimpinan
Hubungan rakyat dan pemerintah adalah berkait rapat dan mempunyai hubungan timbal balas antara satu sama lain. Ungkapan “rakyat dan raja berpisah tiada” menunjukkan keakraban hubungan dua kelompok ini. Pengisahan tentang pemerintah dan rakyat banyak terlihat dalam sastera hikayat. Namun kajian in...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/17299/1/38009-140833-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/17299/ https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1298 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Hubungan rakyat dan pemerintah adalah berkait rapat dan mempunyai hubungan timbal balas antara satu sama lain.
Ungkapan “rakyat dan raja berpisah tiada” menunjukkan keakraban hubungan dua kelompok ini. Pengisahan tentang
pemerintah dan rakyat banyak terlihat dalam sastera hikayat. Namun kajian ini melihat sejauh mana pandangan
rakyat terhadap pemerintah dari kaca mata rakyat melalui sastera rakyat. Sastera rakyat merupakan dokumentasi
masyarakat dahulu serta merupakan salah satu medium dalam melihat persekitaran yang mempengaruhi hubungan
antara rakyat dan pemerintah. Masalah yang melibatkan hubungan rakyat dan pemerintah merupakan salah satu
situasi yang memberi kesan jangka panjang terhadap keharmonian dan kesejahteraan negara. Justeru, persekitaran
yang bertimbal balas secara aktif dan baik antara rakyat dan pemerintah membantu memelihara system social sesebuah
masyarakat. Sehubungan itu, kajian ini bertitik-tolak daripada dua objektif utama, iaitu mengenal pasti hubungan
antara rakyat dan pemerintah dalam cerita-cerita lisan Pahang, serta menganalisis kesan hubungan timbal balas
antara pemimpin dan rakyat dalam tradisi lisan berdasarkan Teori Kepimpinan oleh Northouse (2013). Kajian analisis
teks ini meneliti cerita rakyat Pahang koleksi Zakaria Hitam dengan melihat hubungan antara rakyat dengan pemimpin
dalam konteks kepimpinan. Dapatan kajian memperlihatkan pengaruh kepimpinan tradisional yang memberikesan
timbal balas dalam hubungan antara rakyat dan pemerintah, iaitu saling mempengaruhi dalam membentuk sistem
sosial masyarakat. Kesimpulannya, pemimpin dan rakyat saling memerlukan dalam memastikan kelangsungan dan
keharmonian negara. |
---|