Analisis keperluan pembentukan model psikologi komunikasi isteri bermadu mengurus konflik rumah tangga
Pasangan rumah tangga poligami sering berhadapan dengan konflik dan menjadi buntu ekoran tidak tahu bagaimana kaedah untuk mengurus konflik yang berlaku. Artikel ini bertujuan mengenal pasti keperluan pembinaan model psikologi komunikasi isteri bermadu dalam mengurus konflik rumah tangga. Anal...
Saved in:
Main Authors: | , , , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2021
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/17283/1/49079-159534-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/17283/ https://ejournal.ukm.my/jhadhari/issue/view/1408 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pasangan rumah tangga poligami sering berhadapan dengan konflik dan menjadi
buntu ekoran tidak tahu bagaimana kaedah untuk mengurus konflik yang berlaku.
Artikel ini bertujuan mengenal pasti keperluan pembinaan model psikologi
komunikasi isteri bermadu dalam mengurus konflik rumah tangga. Analisis
keperluan ini dilaksanakan bertujuan bagi memastikan model yang bakal dibentuk
memenuhi keperluan sasaran model dan menentukan spesifikasi model yang dibina.
Proses analisis keperluan pembinaan model ini dijalankan menerusi temu bual separa
berstruktur. Pemilihan informan dilakukan secara persampelan bertujuan iaitu lima
orang isteri yang bermadu dan seorang suami yang berpoligami. Transkripsi data temu bual dianalisis bagi membentuk tema dan subtema. Proses kesahan tema dan
subtema ini dilakukan menerusi kaedah pengiraan Cohen Kappa. Dapatan temu bual
berkaitan keperluan pembinaan model ini mengutarakan empat tema dan subtema
utama, iaitu: (1) Kewujudan konflik dalam rumahtangga bermadu, (2) Faktor-faktor berlakunya konflik rumah tangga bermadu, (3) Pendekatan dilakukan dalam
mengurus konflik rumah tangga bermadu, dan (4) Keperluan pembangunan model.
Pembinaan model ini boleh menjadi panduan kepada pasangan suami isteri dalam
pengurusan konflik rumah tangga bermadu. |
---|