Kesan penyahasidan dan penambahan perisa lemon terhadap ciri antioksidan ekstrak mengkudu

Ekstrak mengkudu (Morinda citrifolia) mempunyai kesan yang baik terhadap kesihatan. Namun begitu, pengambilannya masih terhad kerana rasa masam serta bau ekstrak mengkudu yang tidak digemari oleh pengguna. Penggunaan kaedah penyahasidan dan penambahan bahan perisa dilihat dapat mengurangkan rasa...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ain Nadiah Sofiah Ahmad Khorairi,, Haslaniza Hashim,, Mohamad Yusof Maskat,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/17174/1/12.pdf
http://journalarticle.ukm.my/17174/
https://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid50bil4_2021/KandunganJilid50Bil4_2021.html
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Ekstrak mengkudu (Morinda citrifolia) mempunyai kesan yang baik terhadap kesihatan. Namun begitu, pengambilannya masih terhad kerana rasa masam serta bau ekstrak mengkudu yang tidak digemari oleh pengguna. Penggunaan kaedah penyahasidan dan penambahan bahan perisa dilihat dapat mengurangkan rasa masam buah mengkudu tetapi kesan kepada ciri-ciri antioksidan masih tidak diketahui. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk menentukan kesan penyahasidan dan penambahan 0, 4 dan 8% perisa lemon terhadap ciri antioksidan ekstrak mengkudu. Analisis yang dijalankan ke atas ekstrak mengkudu adalah penilaian nilai pH, ujian jumlah kandungan fenol (TPC), ujian penangkapan radikal bebas (DPPH) dan ujian kuasa penurunan ferik (FRAP). Hasil kajian mendapati bahawa nilai pH meningkat secara signifikan (p<0.05) setelah dinyahasid. Manakala, nilai TPC, DPPH dan FRAP ekstrak mengkudu pula menurun secara signifikan (p<0.05) setelah dinyahasid. Penambahan bahan perisa lemon ke dalam sampel ekstrak mengkudu ternyahasid, tidak memberikan perubahan signifikan pada nilai pH, TPC, DPPH dan FRAP. Secara keseluruhannya, rawatan penyahasidan membantu mengurangkan keasidan ekstrak mengkudu tetapi penambahan bahan perisa lemon tidak memberikan kesan signifikan kepada ciri antioksida ekstrak mengkudu.