Kesan kepaduan rotor terhadap prestasi kuasa turbin angin paksi menegak
Tenaga angin merupakan salah satu sumber tenaga keterbaharuan yang berpotensi sebagai alternatif kepada penjanaan tenaga secara konvensional melalui pembakaran arang batu dan bahan api fosil yang menjadi penyumbang utama kepada perubahan iklim. Sejak kebelakangan ini, kajian tentang turbin angin...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/17135/1/14.pdf http://journalarticle.ukm.my/17135/ https://www.ukm.my/jkukm/volume-323-2020/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Tenaga angin merupakan salah satu sumber tenaga keterbaharuan yang berpotensi sebagai alternatif kepada penjanaan
tenaga secara konvensional melalui pembakaran arang batu dan bahan api fosil yang menjadi penyumbang utama kepada
perubahan iklim. Sejak kebelakangan ini, kajian tentang turbin angin lebih tertumpu kepada turbin angin paksi menegak
jenis Darrieus berskala kecil yang lebih sesuai untuk digunakan di kawasan angin berkelajuan rendah. Justeru, kajian ini
dijalankan bertujuan untuk menganalisa secara berangka, kesan kepaduan, dengan mengubah diameter turbin, terhadap
prestasi kuasa VAWT menggunakan teknologi perkomputeran dinamik bendalir (CFD). Satu siri simulasi CFD dua dimensi
telah dijalankan ke atas VAWT 3-bilah yang diperlengkap dengan bilah jenis NACA0018. Penilaian prestasi kuasa terhadap
3 konfigurasi turbin dengan diameter yang berbeza, iaitu 1.0 m, 0.6 m dan 0.43 m telah dijalankan pada julat operasi
kelajuan yang besar dengan kelajuan pengaliran masuk anginditetapkan pada 8.0 m/s. Hasil simulasi jelas memperlihatkan
bahawa turbin angin berdiameter besar menunjukkan prestasi yang baik pada nilai λ yang tinggi dan mempunyai julat
operasi yang besar manakala turbin angin berdiameter kecil menjana kuasa lebih banyak pada nilai λ yang rendah dan
mempunyai keupayaan mula diri yang lebih baik. Hasil kajian ini dapat membantu para penyelidik memahami dengan
lebih mendalam kesan kepaduan turbin terhadap prestasi VAWT seterusnya menghasilkan rekaan ideal VAWT yang boleh
beroperasi dalam keadaan angin yang kompleks. |
---|