Perkembangan teknologi antena solar: satu tinjauan
Penggunaan tenaga suria secara umumnya adalah penyelesaian semulajadi kepada masalah pencemaran alam sekitar yang disebabkan oleh pembakaran bahan api fosil yang dilakukan bagi menampung keperluan tenaga elektrik pada hari ini. Selain menjadi bahan alternatif kepada sumber yang kian terhad, peny...
Saved in:
Main Authors: | , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/17123/1/02.pdf http://journalarticle.ukm.my/17123/ https://www.ukm.my/jkukm/volume-323-2020/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Penggunaan tenaga suria secara umumnya adalah penyelesaian semulajadi kepada masalah pencemaran alam sekitar
yang disebabkan oleh pembakaran bahan api fosil yang dilakukan bagi menampung keperluan tenaga elektrik pada hari ini.
Selain menjadi bahan alternatif kepada sumber yang kian terhad, penyelidikan mengenai tenaga suria juga menarik minat
ramai daripada pelbagai bidang dan industri kerana sifatnya yang boleh diperbaharui. Industri teknologi komunikasi juga
tidak terkecuali. Kemajuan industri ini pada hari ini menjadikan integrasi antena dan sel suria penting untuk diterokai bagi
menangani isu seperti ruang permukaan yang terhad pada sesuatu alat komunikasi, mahupun bagi aplikasi kendiri yang
memerlukan sistem telekomunikasi dikuasakan sendiri. Adalah menjadi satu kemestian bagi menganalisis sifat-sifat antena
solar yang sedia ada sebagai satu langkah awal sebelum proses penambahbaikkan dan penyesuaian pada reka bentuk
dan penyelidikan seterusnya dilakukan. Di dalam kajian ini, tinjauan yang menyeluruh bagi perkembangan teknologi
dalam reka bentuk antena solar dibincangkan. Antena dikategorikan kepada jenis legap, jenis separa lut sinar, dan jenis
lut sinar, bergantung kepada ketelusan elemen antena tersebut. Setiap kategori yang diulas juga merangkumi konfigurasi
antenanya, bahan yang digunakan, jenis sel suria yang digunapakai dan frekuensi operasi bagi antena, prestasi antena dan
sel surianya, serta proses integrasi yang terlibat. |
---|