Peranan ketidakpuasan imej badan, kemurungan dan indeks jisim badan dalam kecelaruan gaya pemakanan dalam kalangan wanita berkahwin dan tidak berkahwin di Malaysia
Kecelaruan gaya pemakanan merupakan antara kecelaruan yang sangat berbahaya dan boleh mendatangkan banyak komplikasi dan sekiranya tidak dirawat boleh mendatangkan kematian. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti perbezaan ketidakpuasan imej badan, kemurungan, indeks jisim ba...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/17117/1/343-Article%20Text-508-1-10-20201110.pdf http://journalarticle.ukm.my/17117/ http://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/16 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kecelaruan gaya pemakanan merupakan antara kecelaruan yang sangat berbahaya dan boleh
mendatangkan banyak komplikasi dan sekiranya tidak dirawat boleh mendatangkan kematian. Tujuan
kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti perbezaan ketidakpuasan imej badan, kemurungan,
indeks jisim badan (BMI) dan kecelaruan gaya pemakanan berdasarkan status perkahwinan wanita di
Malaysia dan mengkaji hubungan antara ketidakpuasan imej badan dan kecelaruan gaya pemakanan
dalam kalangan wanita di Malaysia. Alat ujian Multidimensional Body Self Relations Questionnare-Appearance Scale digunakan untuk mengukur ketidakpuasan imej badan, Beck Depression Inventory
digunakan untuk mengukur kemurungan dan The Eating Attitude Test digunakan untuk mengukur risiko
terhadap kecelaruan gaya pemakanan. Responden kajian berasal dari latar belakang demografi yang
berbeza di Malaysia (N 385). Secara keseluruhan, ketidakpuasan imej badan mempunyai pengaruh yang
signifikan dan kuat terhadap kecelaruan gaya pemakanan dalam kalangan wanita di Malaysia. Wanita
berkahwin mempunyai tahap ketidakpuasan imej badan dan kemurungan yang tinggi serta lebih berisiko
terhadap kecelaruan gaya pemakanan berbanding wanita tidak berkahwin. Dapatan kajian ini boleh
membantu para wanita di Malaysia mengenalpasti kecelaruan gaya pemakanan dan faktor risikonya. |
---|