Niat menunggang motosikal dengan berisiko dalam kalangan belia: satu kajian di Universiti Kebangsaan Malaysia
Isu kemalangan jalan raya melibatkan penunggang motosikal di Malaysia semakin meningkat di mana sebanyak 41,857 kes dilaporkan antara tahun 2008 hingga 2017. Justeru, jika tiada apa yang dilakukan untuk mengurangkan atau membendung kematian motosikal di Malaysia, angka itu mungkin terus mening...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/17111/1/334-Article%20Text-498-1-10-20201030.pdf http://journalarticle.ukm.my/17111/ http://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/16 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Isu kemalangan jalan raya melibatkan penunggang motosikal di Malaysia semakin meningkat di mana
sebanyak 41,857 kes dilaporkan antara tahun 2008 hingga 2017. Justeru, jika tiada apa yang dilakukan
untuk mengurangkan atau membendung kematian motosikal di Malaysia, angka itu mungkin terus
meningkat pada masa akan datang. Kajian ini membahaskan tentang niat menunggang motosikal dengan
berisiko dalam kalangan belia Universiti Kebangsaan Malaysia. Teori tingkah laku terancang
mengandaikan bahawa tiga faktor utama menyumbang kepada niat dan tingkah laku iaitu sikap, norma
subjektif dan kawalan tingkah laku. Seramai 253 responden telah mengambil bahagian dalam soal selidik
yang telah diedarkan dalam kalangan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia. Analisis regresi berganda
telah dijalankan bagi mengenalpasti faktor penyumbang utama kepada niat tingkah laku menunggang
motosikal dengan berisiko. Hasil kajian menunjukkan bahawa sikap agresif, berdaya saing, mencari
sensasi dan aspek kawalan penuh mempengaruhi niat belia untuk menunggang dengan berisiko. Kajian ini
mencadangkan bahawa niat menunggang dengan berisiko perlu dibendung dan sistem sokongan sosial
boleh dimanfaatkan untuk membendung kelakuan ini. Kajian ini juga mencadangkan bahawa strategi untuk
menangani tingkah laku penunggang dalam konteks sosial yang lebih besar boleh menjadi tambahan
berguna kepada keselamatan motosikal masa depan atau inisiatif latihan penunggang motosikal. Dinamik
sosial penunggang motosikal, dalam konteks keselamatan jalan raya, adalah bidang yang perlu dikaji
dengan lebih mendalam. Penyelidikan dalam bidang ini boleh membawa kepada pendekatan baru untuk
mempromosi keselamatan motosikal yang berkesan menggabungkan aspek psikologi dan sosiologi
penunggang. |
---|