“Hedging” di Laut China Selatan: analisis tindakan negara-negara Asia Tenggara
Pengurusan pertikaian di Laut China Selatan mesti mengambil kira perilaku “hedging” negara serantau. Hedging adalah pendirian tidak menyebelahi mana-mana pihak yang terlibat dalam perlumbaan kuasa, yang digandingi pelbagai tindakan yang bertentangan untuk offset risiko yang mungkin muncul, d...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/17095/1/44773-144087-1-SM.pdf http://journalarticle.ukm.my/17095/ https://ejournal.ukm.my/jebat/issue/view/1361 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pengurusan pertikaian di Laut China Selatan mesti mengambil kira
perilaku “hedging” negara serantau. Hedging adalah pendirian
tidak menyebelahi mana-mana pihak yang terlibat dalam perlumbaan
kuasa, yang digandingi pelbagai tindakan yang bertentangan untuk
offset risiko yang mungkin muncul, dan diiringi usaha berterusan
bagi menyediakan ruang contingency atau jalan keluar jika wujud
sesuatu kebuntuan. Kecenderungan hedging seperti ini bukan hanya
dipamerkan oleh negara penuntut, bahkan oleh negara bukan
penuntut. Sebenarnya, tindakan assertif China yang kian meningkat,
dan strategi Indo-Pasifik oleh A.S. yang kelihatan terumbang-ambing, menyebabkan negara-negara Asia Tenggara mengelakkan
“balancing” (menjalin pakatan dengan A.S. bagi mengimbangi
China); dan tiada satu pun negara kecil di rantau ini yang memilih
“bandwagoning” (menerima hubungan secara berhierarki dengan
China demi keuntungan, walaupun ini menjejaskan autonomi serta
lain-lain kepentingan nasionalnya). Sebaliknya, mereka bertegas
melaksanakan hedging. Apakah faktor yang mempengaruhi tindakan
ini? Kertas ini menghujah bahawa kecenderungan dan tindakan
hedging negara kecil adalah dipengaruhi oleh faktor struktural
dan domestik. Faktor struktural menyebabkan negara lebih lemah
berusaha mengelak daripada melonggokkan sepenuh harapannya
kepada satu pihak tertentu sahaja. Ini disebabkan oleh keadaan
tidak menentu yang berterusan mengenai niat China, komitmen
A.S., dan masa depan hubungan China-A.S. Faktor domestik,
terutamanya legitimasi politik elit pemerintah, mendorong sesebuah
negara melaksanakan hedging demi untuk menangani risiko,
menerusi pendekatan dasar yang dipelbagaikan. Perbincangan
mengenai Laut China Selatan harus menerima realiti ini dan bukan
meminggirkannya. |
---|