Analisis teori hubungan antarabangsa dari perspektif Islam
Kajian ini membincangkan empat teori utama Disiplin Hubungan Antarabangsa iaitu Realism, Idealism / Liberalism, Neo-Marxism dan Social Constructivism dari perspektif Islam. Teori-teori ini menganalisis pelbagai konsep dan isu seperti konsep anarki, pengaruh ‘ejen-struktur’, ketidakseimbangan e...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2019
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/17086/1/36883-116344-1-SM%20%281%29.pdf http://journalarticle.ukm.my/17086/ https://ejournal.ukm.my/ijwas/issue/view/1238 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini membincangkan empat teori utama Disiplin Hubungan Antarabangsa iaitu Realism,
Idealism / Liberalism, Neo-Marxism dan Social Constructivism dari perspektif Islam. Teori-teori ini
menganalisis pelbagai konsep dan isu seperti konsep anarki, pengaruh ‘ejen-struktur’,
ketidakseimbangan ekonomi dunia dan lain-lain lagi. Penulis ingin mengupas konsep asas dan
perdebatan utama teori-teori tersebut dalam konteks Islam. Perbincangan akan lebih ditumpukan
kepada bagaimana Islam boleh memberikan pandangan alternatif kepada beberapa idea asas
yang diperjuangkan oleh keempat-empat teori ini. Pemilihan teori Realism, Idealism / Liberalism,
Neo-Marxism dan Social Constructivism dalam kajian ini adalah kerana kesemua teori ini
merupakan asas utama yang membentuk pemahaman asas disiplin hubungan antarabangsa iaitu
yang memfokuskan kepada sistem dunia politik antarabangsa yang dianggap bersifat anarki.
Definisi anarki yang dimaksudkan adalah berdasarkan kepada fahaman teori Classical Realism
yang menggambarkan keadaan dunia huru-hara sehingga peperangan dianggap sebagai
penyelesaian terakhir. Namun, pendirian teori Classical Realism ini diperbaharui oleh Neo-Realism
yang berpendapat bahawa ketiadaan sistem kerajaan dunia (world government) menyebabkan
dunia pada hari ini tidak stabil. Pandangan teori Realism tentang anarki ini seterusnya menjadi
bahan perdebatan utama bagi teori Hubungan Antarabangsa yang lain khususnya Idealism /
Liberal, neo-Marxism dan Social Constructivism. Intipati perbincangan bukanlah bertujuan untuk
memberikan pengiktirafan yang setara antara falsafah Islam dan teori-teori ini tetapi untuk
perkongsian dan pertukaran idea agar teori-teori hubungan antarabangsa relevan dengan dunia
Islam masa kini. Metod kajian yang digunakan adalah kaedah analisis dokumentari dengan
menganalisis semula dan membuat perbandingan terhadap kedua-dua teori hubungan
antarabangsa dan Islam tentang persoalan anarki, kerjasama-eksploitasi ekonomi dan pengaruh
‘agent-structure’ dalam sistem politik antarabangsa. |
---|