Pembelajaran berasaskan simulasi dalam pengurusan bencana: apakah persepsi pelajar separa perubatan?

Pembelajaran berasaskan simulasi merupakan satu kaedah pembelajaran aktif dan sering kali digunakan dalam pendidikan perubatan. Kaedah ini dijalankan dengan mengintegrasikan antara teori dan praktis dalam pengurusan pesakit. Pengajaran berasaskan simulasi dijalankan dengan mewujudkan senario ya...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ismail Mat Tahir,, Alias Mahmud,, M. Norais,, M. Najib Kamaruzaman,, Norehan Suddin,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2020
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/17053/1/34564-142103-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/17053/
https://ejournal.ukm.my/ajtlhe/issue/view/1353
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pembelajaran berasaskan simulasi merupakan satu kaedah pembelajaran aktif dan sering kali digunakan dalam pendidikan perubatan. Kaedah ini dijalankan dengan mengintegrasikan antara teori dan praktis dalam pengurusan pesakit. Pengajaran berasaskan simulasi dijalankan dengan mewujudkan senario yang kompleks sesuai dengan hasil pembelajaran yang telah ditetapkan. Kajian ini telah dijalankan untuk mengenal pasti persepsi pelajar separa perubatan terhadap pembelajaran berasaskan simulasi dalam pengurusan bencana. Kaedah yang digunakan adalah tinjauan kajian keratan rentas dengan menggunakan borang kaji-selidik yang telah diedarkan kepada 110 responden iaitu 46 pelajar Diploma Pembantu Perubatan Seremban dan 64 pelajar Diploma Kejururawatan Kuala Pilah. Semua responden yang dipilih merupakan mereka yang telah terlibat dalam pembelajaran berasaskan simulasi yang melibatkan kursus pengurusan bencana. Hasil kajian menunjukkan persepsi responden amat positif iaitu 81.8% bersetuju simulasi dapat meningkatkan pengetahuan, dengan purata skor 3.90, 77.3% bersetuju simulasi dapat meningkatkan kemahiran dengan purata skor 3.87 dan 83.6% bersetuju simulasi dapat mengubah menjadi sikap positif dengan purata skor 3.90. Manakala ujian statistik khi-kuasa dua mendapati tidak terdapat hubungan antara demografi iaitu profesion, jantina dan umur dengan persepsi pelajar terhadap pembelajaran berasaskan simulasi dengan nilai p > 0.05. Kesimpulannya, pelajar mempunyai persepsi bahawa pembelajaran berasaskan simulasi dapat membantu mereka meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan membawa kepada perubahan sikap yang positif. Selain itu kaedah ini boleh dipraktikkan kepada semua kategori pelajar termasuk usia yang berbeza.