Tahap keselamatan pejalan kaki untuk perjalanan ke sekolah
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap keselamatan pejalan kaki dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Isu keselamatan sering dibahaskan, namun sehingga kini belum ada formula yang khusus untuk mengatasi masalah ini. Bagi pelajar yang berjalan kaki ke sekolah, mereka lebih terdedah dengan...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/17040/1/39984-143351-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/17040/ https://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1357 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap keselamatan pejalan kaki dalam kalangan pelajar
sekolah menengah. Isu keselamatan sering dibahaskan, namun sehingga kini belum ada formula
yang khusus untuk mengatasi masalah ini. Bagi pelajar yang berjalan kaki ke sekolah, mereka
lebih terdedah dengan risiko kemalangan jalan raya kerana tidak menghiraukan dan
mengabaikan aspek-aspek keselamatan semasa berjalan kaki ke sekolah. Oleh itu, aspek
keselamatan harus dipertingkatkan bagi mengurangkan kehilangan nyawa, kecederaan dan
kerosakan harta benda yang disebabkan oleh kemalangan yang menimpa pelajar berjalan kaki ke
sekolah. Kawasan kajian melibatkan dua buah sekolah terpilih yang terletak di dalam Daerah
Sabak Bernam, Selangor. Sekolah Agama Menengah Muhammadiah Pekan Sabak mewakili
kawasan bandar dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bagan Terap mewakili kawasan luar
bandar. Kaedah soal selidik dilakukan ke atas 145 orang sampel melibatkan pelajar sekolah
menengah yang berjalan kaki ke sekolah. Data diperoleh menerusi data primer dan sekunder.
Data primer diperoleh melalui kaji selidik, pemerhatian dan temu bual. Manakala data sekunder
pula diperoleh melalui kajian di perpustakaan, dokumen, laporan dan jurnal. Data dianalisis
dengan menggunakan statistik deskriptif yang dipersembahkan dalam bentuk peratusan,
kekerapan dan min. Hasil kajian tahap keselamatan pejalan kaki dalam kalangan pelajar
menunjukkan kesemua keempat-empat pemboleh ubah iaitu pemboleh ubah tingkah laku pelajar,
tingkah laku pengguna jalan raya, kemudahan pejalan kaki dan persekitaran berada pada tahap
tidak memuaskan. Beberapa cadangan dikemukakan bagi meningkatkan tahap keselamatan di
kalangan pelajar sekolah. Kerjasama daripada pihak kerajaan, sekolah dan masyarakat penting
dalam memastikan pejalan kaki dapat melakukan perjalanan yang selamat sewaktu melakukan
trip sekolah. |
---|