Perak sebagai pusat perdagangan di alam Melayu sehingga abad ke-19

Makalah ini membincangkan perkembangan kegiatan ekonomi perdagangan dalam kalangan masyarakat Melayu di Perak sehingga awal kedatangan British pada tahun 1874. Masyarakat Melayu sering kali dikaitkan hanya terkenal dengan kegiatan ekonomi sara diri pertanian dan perikanan sebagai memenuhi kepe...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Megat Zulrushdi Fahimudin,, Mohd Samsudin,, Suffian Mansor,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2020
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/17012/1/44262-142115-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/17012/
https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1352
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Makalah ini membincangkan perkembangan kegiatan ekonomi perdagangan dalam kalangan masyarakat Melayu di Perak sehingga awal kedatangan British pada tahun 1874. Masyarakat Melayu sering kali dikaitkan hanya terkenal dengan kegiatan ekonomi sara diri pertanian dan perikanan sebagai memenuhi keperluan hidup mereka semata-mata tanpa melihat kepentingan ekonomi lain. Makalah ini akan membuktikan bahawa perdagangan juga adalah merupakan satu kegiatan ekonomi yang terpenting bagi masyarakat Melayu di Perak bermula seawal kewujudan kerajaan tua Gangga Nagara di Perak lagi. Kajian ini akan menggunakan kaedah kajian kualitatif pendekatan sejarah iaitu memberikan tumpuan kepada manuskrip lama negeri Perak iaitu Misa Melayu di samping penggunaan-sumber sekunder tulisan-tulisan sarjana yang berkaitan dengan perdagangan di Perak. Bermula dari tempoh kerajaan awal sehinggalah awal kedatangan British, telah banyak bukti yang telah ditemukan bahawa masyarakat Melayu di Perak telah menjadikan kegiatan perdagangan sebagai aktiviti yang utama. Selain golongan pemerintah dan pembesar yang terlibat dalam kegiatan perdagangan ini, golongan masyarakat lain juga turut terlibat secara aktif menjalankan aktiviti perdagangan bermula sebagai memenuhi keperluan seharian sehinggalah menjadi pembekal untuk sesuatu barangan dagangan. Kegiatan ekonomi perdagangan juga telah membawa kepada permulaan kedatangan pelbagai keturunan masyarakat Melayu daripada Alam Melayu yang hampir kesemuanya adalah bermula dengan menjalankan aktiviti perniagaan dan perdagangan.