Peningkatan kehadiran tentera Rusia di Kepulauan Kuril
Pertikaian wilayah antara Rusia dan Jepun hanya membabitkan Selatan Kuril. Peningkatan kehadiran tentera Rusia di Selatan Kuril telah mencetuskan reaksi dan bantahan daripada Jepun. Jepun turut menunjukkan reaksi kurang senang terhadap peningkatan kehadiran tentera Rusia di pulau-pulau lain di...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/17003/1/44252-142085-1-SM.pdf http://journalarticle.ukm.my/17003/ https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1352 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pertikaian wilayah antara Rusia dan Jepun hanya membabitkan Selatan Kuril. Peningkatan
kehadiran tentera Rusia di Selatan Kuril telah mencetuskan reaksi dan bantahan daripada Jepun.
Jepun turut menunjukkan reaksi kurang senang terhadap peningkatan kehadiran tentera Rusia di
pulau-pulau lain di dalam Kepulauan Kuril yang tidak dituntut oleh Tokyo dan kawasan sekitarnya.
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mendorong Rusia meningkatkan
kehadiran tentera di Kepulauan Kuril dan kawasan sekitarnya ketika pentadbiran Dmitri Medvedev
dan Vladimir Putin setelah kembali menjadi presiden Rusia pada tahun 2012 sehingga kini. Selain
itu, bukti-bukti peningkatan kehadiran tentera Rusia turut dianalisis bagi menunjukkan bahawa
faktor-faktor peningkatan kehadiran tentera di Kepulauan Kuril dan kawasan sekitarnya adalah
selaras dengan hujahan yang dikemukakan. Untuk memahami tindakan oleh Rusia, teori realisme
defensif dan konsep keselamatan nasional telah diaplikasikan di dalam kajian ini. Hasil kajian
mendapati bahawa, kehadiran tentera Rusia di Kepulauan Kuril dan kawasan sekitarnya kian
meningkat ketika era Dmitri Medvedev dan Vladimir Putin atas faktor kepentingan strategik dan
keselamatan nasional yang merangkumi pertahanan Timur Rusia. Kedua, ancaman luaran serta
pemilikan berterusan terhadap Selatan Kuril turut mempengaruhi tindakan Rusia. Ketiga, laut
Okhotsk yang menjadi sebahagian daripada strategi pencegahan konvensional dan nuklear Soviet
telah menyebabkan Kepulauan Kuril begitu penting untuk dikekalkan dibawah kedaulatan Moscow.
Keempat, faktor global seperti pengepungan Amerika Syarikat terhadap Rusia melalui penempatan
pelbagai sistem pertahanan peluru berpandu yang menganjur dari Eropah sehingga ke Asia Timur
turut mendorong Rusia meningkatkan lagi kehadiran tenteranya di Kepulauan Kuril. |
---|