Lagu Malaysia Truly Asia sentuhan Ahmad Nawab: sebuah penjenamaan bangsa berakarkan rumpun Nusantara
Semenjak 1972, Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan telah melaksanakan pelbagai kempen dalam usaha menjenamakan negara ini sebagai sebuah destinasi pelancongan unik di Asia Tenggara. Muzik popular memainkan peranan penting dalam proses ini bagi memberi gambaran kepada masyarakat ap...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2021
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16968/1/42610-159508-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/16968/ https://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1401 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Semenjak 1972, Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan telah melaksanakan pelbagai
kempen dalam usaha menjenamakan negara ini sebagai sebuah destinasi pelancongan unik di Asia
Tenggara. Muzik popular memainkan peranan penting dalam proses ini bagi memberi gambaran
kepada masyarakat apabila diperdengarkan tentang keunikan Malaysia. Pada 1999, lagu Malaysia
Truly Asia telah digubah oleh Dato’ Seri Ahmad Nawab dan kini kekal sebagai lagu paling ikonik bagi
kempen ini. Lagu ini asalnya direkodkan dalam bahasa Inggeris dan kemudian diterjemahkan ke
dalam tujuh belas bahasa asing untuk pasaran ke seluruh dunia. Lagu ini memperkenalkan dan
mengenengahkan unsur-unsur warisan budaya tiga komuniti etnik utama Malaysia iaitu Melayu, Cina
dan India dengan sentuhan kompang, alunan alat muzik (serunai), Wayang Kulit Kelantan, gendang
tabla, akordion dan seruling yang disulamkan bersama muzik orkestra moden. Lagu-lagu nasional
seperti ini mewakili serta membina persaudaraan dalam kalangan rakyat Malaysia yang mengaitkan
mereka kepada ideologi dominan yang bersifat ‘takrifan autoriti’ kerana berasaskan politik etno-nasional hasil peninggalan pihak kolonial. Artikel ini membincangkan konsep ‘penjenamaan bangsa’
yang digunakan sebagai alat pemasaran sektor pelancongan Malaysia. Bagi Malaysia, penjenamaan
bangsanya akan sentiasa diisi dengan elemen-elemen warisan sejarah rumpun Nusantara yang
bersifat hibrid dan dikongsi bersama. Simbol-simbol warisan sejarah yang tersulam kemas ke dalam
budaya seni persembahan ini mengalir dalam jiwa Ahmad Nawab dan beliau kemudian
menjelmakannya dalam sebuah lagu popular sehingga diterima ramai sebagai identiti Malaysia. |
---|