Peranan keluarga dalam kawalan sosial tingkah laku devian mahasiswa
Kawalan sosial merupakan undang-undang yang mengikat masyarakat daripada bertindak di luar kawalan norma dan nilai yang dipersetujui bersama. Dalam aspek kawalan sosial tidak langsung, adat dan sistem kepercayaan atau keagamaan merupakan aspek yang mampu mengawal, mempengaruhi dan mengikat set...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2021
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16953/1/46775-151092-1-SM.pdf http://journalarticle.ukm.my/16953/ https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1377 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kawalan sosial merupakan undang-undang yang mengikat masyarakat daripada bertindak di luar
kawalan norma dan nilai yang dipersetujui bersama. Dalam aspek kawalan sosial tidak langsung,
adat dan sistem kepercayaan atau keagamaan merupakan aspek yang mampu mengawal,
mempengaruhi dan mengikat setiap anggota masyarakatnya daripada melakukan sesuatu yang
dianggap betul atau salah. Bagi sebuah masyarakat, keluarga merupakan agen kawalan sosial yang
utama dalam mengawal tingkah laku ahli-ahlinya daripada menjadi devian. Kajian dijalankan
dalam kalangan 60 orang responden yang terdiri daripada mahasiswa pengajian tinggi awam di
Perlis. Objektif kajian adalah mengenal pasti bentuk-bentuk kawalan sosial yang dilaksanakan oleh
keluarga mahasiswa, jenis-jenis tingkah laku devian dan juga faktor-faktor yang mempengaruhi
tingkah laku tersebut. Responden dipilih menggunakan kaedah pensampelan kebarangkalian
rawak mudah. Data-data dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian Statistical Packages
for The Social Science (SPSS) versi 21. Empat aspek kawalan sosial yang dijadikan sebagai
indikator kajian ialah kawalan sosial tidak langsung, kawalan sosial langsung, kawalan sosial
positif, dan kawalan sosial negatif - merangkumi norma, nilai, ganjaran dan hukuman. Hasil
dapatan kajian menunjukkan responden mengetahui, menyedari dan mematuhi hampir setiap
bentuk kawalan sosial yang dilaksanakan oleh keluarga mereka. Majoriti responden bersetuju
bahawa kaedah kawalan sosial tidak langsung berbentuk nilai dan kawalan negatif berbentuk
hukuman adalah lebih berkesan dan berpengaruh dalam mengawal tingkah laku mereka. Bentuk-bentuk kawalan sosial keluarga didapati merupakan pengaruh utama dalam penentuan tingkah laku
mahasiswa sama ada menjadi devian ataupun tidak. Kesimpulannya, seseorang itu memilih untuk
mematuhi ataupun bertingkah laku devian adalah berdasarkan penerimaan, kesesuaian dan
keberkesanan bentuk-bentuk kawalan sosial keluarga yang dilaksanakan terhadap diri mereka. |
---|