Penemuan warisan megalitik Lundayeh di Long Pasia: potensi arkeopelancongan
Di Sabah, produk pelancongan berasaskan warisan megalitik kurang popular berbanding produk pelancongan alam semula jadi. Makalah ini bertujuan untuk mendedahkan satu prospek produk arkeopelacongan berasaskan warisan megalitik yang terdapat di Long Pasia. Kewujudan tapak megalitik di Long Pasia...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia
2021
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16887/1/240-428-1-SM.pdf http://journalarticle.ukm.my/16887/ http://spaj.ukm.my/jurnalarkeologi/index.php/jurnalarkeologi/issue/view/39 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Di Sabah, produk pelancongan berasaskan warisan megalitik kurang popular
berbanding produk pelancongan alam semula jadi. Makalah ini bertujuan untuk
mendedahkan satu prospek produk arkeopelacongan berasaskan warisan
megalitik yang terdapat di Long Pasia. Kewujudan tapak megalitik di Long Pasia
merupakan warisan kaum Lundayeh. Namun keadaan tapak adalah terbiar dan
memerlukan perhatian serius daripada pelbagai pihak untuk tujuan pemuliharaan
dan pemeliharaan. Sejak tahun 2005, beberapa tapak megalitik telah dikaji dan
didokumentasikan oleh para penyelidik dan pelajar Universiti Malaysia Sabah
(UMS) dengan kerjasama Jabatan Warisan Negara, Kuala Lumpur. Kajian yang
dilakukan adalah berasaskan kaedah survei lapangan dan dokumentasi ke atas
tapak terpilih. Hasil kajian mendapati tapak megalitik di Long Pasia berpotensi
untuk tujuan arkeopelancongan. Kajian ini penting sebagai rujukan pengetahuan
mengenai kewujudan tapak warisan megalitik di Long Pasia dan panduan untuk
tujuan membangun arkeopelancongan di Long Pasia. |
---|