Pendefinisian penyisihan sosial menurut dimensi ekonomi

Penyisihan sosial (PS) merupakan satu konsep yang menerangkan kelemahan sosial dan kesukaran hidup sekumpulan individu kelas bawahan dalam arus pertumbuhan ekonomi. Konsep PS bersifat multidimensi yang merentasi pelbagai disiplin ilmu sains sosial yang utama termasuk sosiologi, politik dan ekono...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Adib Ismail,, Nik Mohd Azim Nik Ab Malik,, Shahida Shahimi,, Muhammad Hakimi Mohd Shafiai,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2020
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/16879/1/jeko_54%282%29-13.pdf
http://journalarticle.ukm.my/16879/
https://www.ukm.my/fep/jem/content/2020-2.html
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penyisihan sosial (PS) merupakan satu konsep yang menerangkan kelemahan sosial dan kesukaran hidup sekumpulan individu kelas bawahan dalam arus pertumbuhan ekonomi. Konsep PS bersifat multidimensi yang merentasi pelbagai disiplin ilmu sains sosial yang utama termasuk sosiologi, politik dan ekonomi. Dalam konteks dimensi ekonomi, PS sangat berhubung kait dengan isu kerentanan, kemiskinan dan ketaksamaan ekonomi. Artikel ini bertujuan mengkaji takrifan konsep PS menurut dimensi ekonomi secara komprehensif. Bagi mencapai objektif, kaedah kajian kepustakaan telah diaplikasi. Hasil daripada analisis dan sintesis terhadap definisi PS yang dikemukakan dalam kajian lepas, takrif konsep PS menurut dimensi ekonomi dapat disimpulkan sebagai halangan akses kepada pasaran sumber ekonomi yang membolehkan individu itu hidup secara bermaruah. Ini disebabkan halangan terhadap akses menyebabkan berlaku kerugian yang menjejaskan kualiti hidup individu yang mengalaminya. Dalam konteks Malaysia, pemahaman konsep PS menurut dimensi ekonomi secara komprehensif dan tepat dapat membantu penggubal dasar untuk merangka strategi bagi menangani isu ketaksamaan ekonomi. Seterusnya, usaha ke arah pengagihan ekonomi yang adil, saksama dan inklusif kepada semua rakyat, sebagaimana termaktub dalam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dapat dicapai.