Separatisme dan terorisme di Asia Tenggara: kajian kes GAM, MILF dan PULO
Artikel ini membincangkan separatisme dan terorisme di Asia Tenggara dengan merujuk kepada kajian kes Gerakan Aceh Merdeka (GAM) di Indonesia, Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) di Selatan Filipina dan Pertubuhan Pembebasan Patani Bersatu (PULO) di Selatan Thailand. Fokus artikel adalah un...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16859/1/41411-132413-1-SM.pdf http://journalarticle.ukm.my/16859/ https://ejournal.ukm.my/jebat/issue/view/1286 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Artikel ini membincangkan separatisme dan terorisme di Asia
Tenggara dengan merujuk kepada kajian kes Gerakan Aceh Merdeka
(GAM) di Indonesia, Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF)
di Selatan Filipina dan Pertubuhan Pembebasan Patani Bersatu
(PULO) di Selatan Thailand. Fokus artikel adalah untuk melihat
sejauh mana perkaitan GAM, MILF dan PULO dengan terorisme
menerusi beberapa insiden keganasan yang pernah berlaku di rantau
Asia Tenggara. Kajian ini dilaksanakan menerusi kaedah kualitatif
iaitu dokumen analisis bersumberkan laporan penyelidikan, akhbar
dan laman sesawang. Ketiga-tiga gerakan pemisah ini pernah bergiat
aktif dalam memperjuangkan kemerdekaan dan tuntutan wilayah
autonomi sekitar awal 1990-an sehingga pertengahan 2000-an.
Sepanjang tempoh tersebut, pelbagai siri serangan dan keganasan
berlaku seperti penculikan, pengeboman berani mati dan tembakan
rambang membabitkan kecelakaan terhadap orang awam dan pihak
berkuasa. Situasi ini telah mengancam kestabilan dan keselamatan
rantau Asia Tenggara apabila gerakan separatis GAM, MILF dan
PULO dilihat melaksanakan modus operandi kumpulan pengganas
transnasional seperti al-Qaeda dan Jemaah Islamiyah dalam usaha
untuk mencapai objektif tuntutan pemisahan wilayah mereka.
Walaupun pimpinan GAM, MILF dan PULO menafikan sebarang
pembabitan dengan kegiatan terorisme, artikel ini mendapati
beberapa persamaan tingkah laku, sumber latihan ketenteraan, dana
dan peralatan yang diperolehi dilihat menyokong hujah bahawa
gerakan pemisah di Asia Tenggara adalah saling berkait dengan
terorisme. |
---|