Penglibatan orang Cina dalam sektor perladangan getah di Kedah 1909-1941
Kedah merupakan sebuah negeri yang berlatarbelakangkan sektor pertanian sejak sebelum kedatangan British seperti penanaman padi dan ubi kayu. Namun setelah campurtangan British pada tahun 1909, getah mula dibawa masuk menyebabkan ramai pemodal Eropah dan Cina membuka ladang getah secara besa...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2021
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16853/1/47779-154734-1-SM.pdf http://journalarticle.ukm.my/16853/ https://ejournal.ukm.my/jebat/issue/view/1391 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kedah merupakan sebuah negeri yang berlatarbelakangkan sektor
pertanian sejak sebelum kedatangan British seperti penanaman padi
dan ubi kayu. Namun setelah campurtangan British pada tahun 1909,
getah mula dibawa masuk menyebabkan ramai pemodal Eropah dan
Cina membuka ladang getah secara besar-besaran. Perkembangan
penanaman getah berkembang pesat sehingga permulaan Perang
Dunia Kedua iaitu pada 1941. Sehubungan dengan itu, artikel ini
bertujuan mengkaji sejauh mana peranan dan sumbangan orang
Cina dalam sektor perladangan getah di Kedah bermula antara tahun
1909 hingga 1941. Penelitian ini mengetengahkan metode analisis
kandungan sebagai metode utama pengumpulan data berkenaan
sejarah orang Cina di Kedah melalui Arkib Negara Malaysia bagi
penganalisisan data berkenaan peranan dan sumbangan orang Cina
dalam sektor penanaman getah. Hasil kajian mendapati orang Cina
terlibat membangunkan sektor perladangan getah sejak awal getah
diperkenalkan pada tahun 1909. Selain itu, mereka turut menjadi
pengusaha dan pemilik ladang getah. Sehingga tahun 1930, keluasan
ladang getah yang dimiliki oleh orang Cina di Kedah melebihi
bangsa lain seperti Melayu dan India. Buruh-buruh Cina turut di
bawa masuk bagi merancakkan lagi sektor peladangan getah. Orang
Cina turut menubuhkan persatuan dalam kalangan pengusaha getah
bagi menjaga kebajikan sesama mereka. Seterusnya, beberapa
polisi membabitkan penanaman getah diperkenalkan oleh British
seperti pengenalan lesen pemilikan dan penjualan getah. Hasilnya,
penglibatan orang Cina yang ketara dalam sektor perladangan getah
telah menaikkan hasil ekonomi negeri Kedah. |
---|