Pengurusan stres remaja cemerlang
Zaman remaja yang mencabar turut memberi kesan kepada golongan remaja cemerlang. Remaja cemerlang dan berbakat merupakan golongan cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum yang sebahagiannya merupakan para pelajar yang terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP)...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16828/1/44892-144448-1-SM.pdf http://journalarticle.ukm.my/16828/ https://ejournal.ukm.my/jhadhari/issue/view/1362 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Zaman remaja yang mencabar turut memberi kesan kepada golongan remaja
cemerlang. Remaja cemerlang dan berbakat merupakan golongan cemerlang dalam
bidang akademik dan kokurikulum yang sebahagiannya merupakan para pelajar yang
terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab
Rendah Sains Mara (MRSM). Walaupun cemerlang dalam pelbagai bidang, pada masa
yang sama, mereka turut mengalami stres yang merupakan gejala kejiwaan dan boleh
berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira usia. Terdapat pelbagai punca stres
golongan ini, antaranya keinginan melakukan sesuatu pekerjaan dengan sempurna.
Mereka mengharapkan hasil yang terbaik daripada setiap usaha yang dilakukan.
Selain itu, pelajar cemerlang ini juga berhadapan dengan harapan tinggi oleh ibu bapa
dan masyarakat. Mereka akan merasa tertekan jika tidak dapat memenuhi harapan
yang telah diberikan kepada mereka. Remaja cemerlang juga dikaitkan dengan stres
kerana berhadapan dengan daya saing yang tinggi antara mereka. Oleh itu, artikel ini
menganalisis perbincangan yang berkaitan dengan pengurusan stres oleh golongan
remaja cemerlang. Kaedah kajian secara kualitatif digunakan dengan melakukan
analisis dokumen terhadap kajian-kajian lepas. Hasil kajian menunjukkan bahawa
remaja cemerlang mempunyai cara yang tersendiri untuk menangani stres dengan menggunakan kelebihan yang ada pada mereka, contohnya kemahiran komunikasi
dan penyelesaian konflik. Selain itu, golongan ini juga perlu mengetahui punca yang
menyebabkan mereka menjadi stres. Dengan cara ini mereka akan lebih bersedia
daripada aspek mental dan fizikal sebelum berlakunya stres yang sebenar. Sokongan
ibu bapa dan guru serta amalan-amalan tertentu di dalam Islam juga turut membantu
remaja cemerlang dalam pengurusan stres yang efektif. |
---|