Analisis pola Masa Mula Suara konsonan plosif bahasa Melayu yang dihasilkan oleh penutur Mandarin dewasa
Masa Mula Suara (MMS) merupakan penanda akustik yang efektif dalam membezakan kontras penyuaraan bunyi plosif dalam pelbagai bahasa termasuklah bahasa Melayu. Kajian ini bertujuan untuk meneliti pola MMS pada kedudukan awal kata yang dihasilkan oleh penutur monolingual Melayu dan penutur natif...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16815/1/43204-143243-2-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/16815/ https://ejournal.ukm.my/gema/issue/view/1356 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Masa Mula Suara (MMS) merupakan penanda akustik yang efektif dalam membezakan kontras
penyuaraan bunyi plosif dalam pelbagai bahasa termasuklah bahasa Melayu. Kajian ini
bertujuan untuk meneliti pola MMS pada kedudukan awal kata yang dihasilkan oleh penutur
monolingual Melayu dan penutur natif Mandarin dalam Bahasa Melayu. Seramai 10 orang
penutur natif Mandarin (20-30tahun, M=20.9) telah dipilih sebagai subjek kajian.
Sebanyak1080 unit sampel (10 subjek x6 plosif x3 perkataan x3 kali pengulangan) telah
direkodkan. Data yang diperoleh dianalisis melalui penelitian spektrogram berasaskan
pendekatan fonetik akustik menggunakan perisian PRAAT. MMS yang dihasilkan oleh subjek
dalam Bahasa Melayu dan Mandarin dinilai dan dibandingkan dengan data Bahasa Melayu dari
kajian lepas. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan signifikan di antara MMS
plosif penutur monolingual Melayu dan penutur dwibahasa Mandarin (/b/ (p=0.022) ; /d/
(p=0.028) ; /[g]/ (p=0.009) ; /p/ (p=0.007); /t/ (p=0.009), p<0.05) kecuali bagi plosif /k/
(p=0.574, p>0.05). Sebanyak 70% daripada subjek menghasilkan plosif bersuara /b/ dengan
duluan suara, diikuti 40% subjek bagi /d/ dan 20% bagi /[g]/ manakala selebihnya dihasilkan
dengan tundaan suara pendek. Sebanyak 66.67% sampel bahasa Melayu yang dihasilkan oleh
penutur natif Mandarin menyerupai pola MMS penutur monolingual bahasa Melayu manakala
sebanyak 33.33% sampel lagi menyerupai pola MMS Mandarin. Kekerapan penggunaan dan
pendedahan kepada bahasa Melayu didapati mempengaruhi proses pemerolehan dan
penguasaan kontras suara oleh penutur natif Mandarin dalam bahasa Melayu. Hasil kajian ini
dapat memberi maklumat lebih objektif kepada ahli linguistik dan terapis pertuturan dalam
menilai pertuturan serta dalam mencipta alat penilaian bahasa yang lebih efektif. Kajian ini
juga telah menjelaskan yang pemerolehan bahasa Melayu oleh penutur dwibahasa di Malaysia
mempamerkan kebolehan menghasilkan bunyi bahasa Melayu menyerupai pola penutur bahasa
Melayu natif. Kemampuan penutur dwibahsa ini menunjukkan sistem pendidikan yang
berteraskan sekolah kebangsaan membolehkan penutur bahasa kedua menguasai bahasa
Melayu dengan baik. |
---|