Sikap dan motivasi murid sekolah rendah terhadap pembelajaran bahasa Melayu dalam talian sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan
Pandemik Covid-19 yang melanda dunia kini telah merubah situasi semasa, terutamanya sektor pendidikan. Pembelajaran secara fizikal terpaksa bertukar kepada pembelajaran secara dalam talian disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) secara dalam...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2021
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16760/1/252-484-1-SM.pdf http://journalarticle.ukm.my/16760/ http://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/issue/view/69 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pandemik Covid-19 yang melanda dunia kini telah merubah situasi
semasa, terutamanya sektor pendidikan. Pembelajaran secara fizikal terpaksa
bertukar kepada pembelajaran secara dalam talian disebabkan Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP). Pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR)
secara dalam talian telah menggantikan pembelajaran secara bersemuka.
Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti sikap dan motivasi murid
sekolah rendah terhadap pembelajaran Bahasa Melayu secara dalam talian
sepanjang tempoh PKP. Seramai 110 orang murid Tahun 5 di sebuah sekolah
kebangsaan di Batu Berendam, Melaka telah dipilih sebagai responden
menggunakan kaedah persampelan rawak bertujuan. Kajian menggunakan
instrumen soal selidik yang mengandungi 20 item dan terbahagi kepada dua
konstruk, iaitu sikap dan motivasi. Statistik deskritiptif dan inferensi
digunakan untuk menganalisis data soal selidik. Dapatan kajian menunjukkan
bahawa murid-murid sekolah rendah mempunyai sikap yang positif dan
motivasi yang tinggi terhadap pembelajaran Bahasa Melayu secara dalam
talian semasa tempoh PKP. Hasil dapatan juga mendapati faktor jantina dan
sosioekonomi keluarga tidak mempengaruhi sikap dan motivasi murid-murid
untuk belajar mata pelajaran Bahasa Melayu secara dalam talian. |
---|