Faktor-faktor kelewatan tempoh penyelesaian kes siasatan cukai di Malaysia: persepsi ejen cukai
Penguatkuasaan siasatan cukai dilaksanakan bagi mengutip cukai yang sepatutnya dari aktiviti pelarian cukai melalui pembuktian dokumen dan penghadapan kes di mahkamah. Rangkakerja Siasatan Cukai menyarankan supaya sesuatu kes siasatan diselesaikan bagi tempoh 18 bulan jika menggunakan kaedah aka...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16743/1/43970-141178-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/16743/ https://ejournal.ukm.my/ajac/issue/view/1350 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Penguatkuasaan siasatan cukai dilaksanakan bagi mengutip cukai yang sepatutnya dari aktiviti pelarian cukai melalui
pembuktian dokumen dan penghadapan kes di mahkamah. Rangkakerja Siasatan Cukai menyarankan supaya sesuatu kes
siasatan diselesaikan bagi tempoh 18 bulan jika menggunakan kaedah akaun ataupun 24 bulan jika menggunakan kaedah
modal kerja. Namun, hasil kajian lepas menunjukkan berlakunya kelewatan dalam menyelesaikan kebanyakan kes siasatan
cukai yang mengakibatkan kelewatan dalam kutipan cukai yang sepatutnya ini. Justeru kajian ini bertujuan untuk
mendapatkan pandangan dari ejen-ejen cukai tentang faktor-faktor yang dianggap mempengaruhi tempoh penyelesaian kes
siasatan cukai.Kajian ini telah memilih untuk menyoal selidik sebanyak 364 ejen cukai yang pernah terlibat dengan kes
siasatan cukai. Kajian ini mendapati faktor strategi penguatkuasaan sebagai paling mempengaruhi, diikuti faktor kecekapan
pegawai siasatan, teknik siasatan yang dgunakan, penalti cukai yang dikenakan, dan yang paling kurang mempengaruhi
ialah pemahaman undang-undang cukai. Kajian ini merupakan yang pertama di Malaysia yang menggunakan ejen cukai
sebagai responden. Hasil kajian ini dapat memberi input kepada pihak berkuasa cukai tentang strategi yang perlu
digunakan bagi mengurangkan kelewatan tempoh penyelesaian kes siasatan cukai, dan seterusnya meningkatkan hasil
kutipan cukai sebenar. |
---|