Tarekat Ahmad B. Idris Al-Fasi dan pengaruhnya di Malaysia

Tarekat Ahmadiyyah Idrisiyyah adalah sebuah tarekat yang masyhur di dunia Islam. Ia dinisbahkan kepada Sayyid Abu al-`Abbas Ahmad b. Idris al-Hasani al-Ara`ishi al-Fasi (1757-1837M). Artikel ini bertujuan untuk menghuraikan tentang sejarah kemunculan tarekat tersebut dan pengaruhnya di Malaysia....

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Faudzinaim Badaruddin,, Zakaria Stapa,, Abdull Rahman Mahmood,, Muhammad Khairi Mahyuddin,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/16726/1/43952-154718-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/16726/
https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1368
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tarekat Ahmadiyyah Idrisiyyah adalah sebuah tarekat yang masyhur di dunia Islam. Ia dinisbahkan kepada Sayyid Abu al-`Abbas Ahmad b. Idris al-Hasani al-Ara`ishi al-Fasi (1757-1837M). Artikel ini bertujuan untuk menghuraikan tentang sejarah kemunculan tarekat tersebut dan pengaruhnya di Malaysia. Bagi mencapai objektif tersebut, kaedah penyelidikan secara kualitatif digunakan. Pengumpulan data dilakukan dengan dua kaedah, iaitu kajian kepustakaan dan analisis dokumen. Maklumat yang diperolehi telah dianalisis menggunakan kaedah persejarahan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tarekat Ahmadiyyah Idrisiyyah pada awalnya merupakan sebuah gerakan tajdid berasaskan kerohanian. Setelah kewafatan Sayyid Ahmad B. Idris, ajaran beliau telah disebarkan melalui pendekatan institusi tarekat yang berbagai. Tarekat Ahmadiyyah Idrisiyyah di Malaysia telah dibawa masuk ke Malaysia bermula sekitar pertengahan abad ke-19 Masihi dari Mekah. Sejak dibawa masuk ke Malaysia, pengaruhnya tersebar ke beberapa buah negeri di Malaysia hingga masih diamalkan hingga kni melalui para pengikut kepada murid-murid Sayyid Ahmad B. Idris. Semenjak ia diperkenalkan di Malaysia, ia telah menjadi sebuah tarekat yang berpengaruh di beberapa buah negeri di Malaysia terutama di Negeri Sembilan and Kelantan. Perkembangan mutakhir Tarekat Ahmadiyyah Idrisiyyah menunjukkan dominasi peranan dan pengaruh besar keturunan Sayyid Ahmad B. Idris yang berasal Sudan. Setelah hampir dua abad, pengamalan Tarekat ini di Malaysia masih kuat dipertahankan melalui jaringan hubungan guru-murid di peringkat antarangsa menggunakan pendekatan institusi tarekat.