Satu analisis kosmologi cahaya dalam perspektif sufi dan sains barat
Kajian berkenaan asal-usul kosmos telah menjadi perhatian ramai sarjana Islam mahupun Barat di mana kedua-keduanya mengetengahkan aspek cahaya. Cahaya dianggap sebagai sifat asas dalam sejarah perkembangan kosmologi untuk menjelaskan kewujudan alam semesta. Walau bagaimanapun, muncul persoalan men...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2021
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16721/1/36664-154713-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/16721/ https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1368 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian berkenaan asal-usul kosmos telah menjadi perhatian ramai sarjana Islam mahupun Barat di mana kedua-keduanya mengetengahkan aspek cahaya. Cahaya dianggap sebagai sifat asas dalam sejarah perkembangan
kosmologi untuk menjelaskan kewujudan alam semesta. Walau bagaimanapun, muncul persoalan mengenai ontologi
cahaya, sifat asasnya dan rahsia metafizik di sebalik fenomenanya. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis dan
membina satu kerangka model baharu dalam menerangkan Teori Kesatuan Kewujudan Cahaya dalam memahami
makrifat kepada Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW dalam perspektif sufi, dan dibandingkan dengan perspektif
sains Barat iaitu Teori Letupan Besar. Kajian kualitatif ini menggunakan reka bentuk grounded theory, kaedah tematik
analisis dan pendekatan lataif Qur’aniyyah. Terdapat perbandingan yang signifikan antara kedua-dua kosmologi yang
diketengahkan dalam model ini. Perbahasan konsep Cahaya Muhammad (Nūr Muhammad) yang mewakili kosmologi
Sufi telah lama menyelesaikan persoalan asal-usul kosmos dalam kesepakatan ilmu akidah dan tasawuf. Manakala
kosmologi Barat masih menemui jalan buntu dan keliru dalam memahami asal-usul atau primordium alam dengan
menggunakan rumus sains dan aksiom yang sesuai dengan logik akal tanpa melihat apek keTuhanan. Dalam kajian
ini, satu model perbandingan holistik antara konsep Nūr Muhammad dan Teori Letupan Besar telah diharmonikan
dan dirangka dalam memahami lima fasa peringkat kewujudan alam semesta menerusi perspektif kosmologi cahaya.
Dengan itu, kajian ini memberi perspektif baharu dalam memahami peringkat kewujudan makhluk. |
---|