Bunyi seakan-akan aspirasi dan berhembusan dalam fonologi bahasa Suhaid: analisis teori optimaliti
Bahasa Suhaid dituturkan di lembah Sungai Seberuang and Suhaid, Kalimantan Barat (Indonesia). Bahasa ini menyerlahkan keunikannya kerana mengandungi sistem bunyi K+h (konsonan+frikatif glotis), iaitu bunyi yang seakan-akan beraspirasi. Ciri bunyi ini terbentuk hasil pengguguran /ə/ pada suku kata...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2021
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16720/1/34424-154712-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/16720/ https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1368 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Bahasa Suhaid dituturkan di lembah Sungai Seberuang and Suhaid, Kalimantan Barat (Indonesia). Bahasa ini
menyerlahkan keunikannya kerana mengandungi sistem bunyi K+h (konsonan+frikatif glotis), iaitu bunyi yang seakan-akan beraspirasi. Ciri bunyi ini terbentuk hasil pengguguran /ə/ pada suku kata awal. Oleh kerana r sepadan dengan
/h/ dalam bahasa Suhaid, pengguguran /ə/ akan menghasilkan konsonan rangkap yang berbentuk K+h. Makalah ini
membincangkan fenomena kewujudan bunyi yang seakan-akan beraspirasi ini dari perspektif fonologi Optimaliti.
Objektif kajian ini ialah ingin menegaskan bahawa teori Optimaliti mampu memberi penjelasan yang memadai
tentang kelainan output yang dijana oleh input berdwisuku dan trisuku. Kajian ini menemukan bahawa bagi input yang
berdwisuku, pengguguran schwa akan mengapungkan mora, dan seterusnya dihubungkan ke vokal yang berhampiran
untuk membentuk vokal panjang. Bagi input yang bertrisuku, diperhatikan bahawa mora sebaliknya dihubungkan ke
bunyi konsonan dan membentuk konsonan panjang. Konsonan panjang ini seterusnya akan mengalami degeminasi,
peleburan dan akhirnya menghasilkan bunyi berhembusan sebagai outputnya. Berdasarkan analisis, kekangan *GEM
(konsonan panjang tidak dibenarkan) dan *ONSET KOMPLEKS (Setiap nodus suku kata tidak boleh dihubungkan
dengan lebih dari satu K atau V) memainkan peranan penting dalam pembentukan ciri-ciri fonologi ini. Di bawah
kekangan *GEM, kesemua calon yang mengandungi konsonan panjang akan tewas kerana kekangan ini berada di
hieraki tertinggi. Kekangan *ONSET KOMPLEKS pula adalah kekangan yang khusus berperanan pada input bertrisuku
untuk menjana output berdwisuku. Dengan kekangan ini (berserta dengan beberapa kekangan lain), calon-calon yang
mengandungi bunyi /k+h/ akan disingkirkan dan mewajarkan calon yang dengan bunyi berhembusan muncul sebagai
calon yang optimal. |
---|