Dunia hampir bergabung dalam kumpulan cerpen Laron oleh Jasni Matlani: satu bacaan realisme magis

Dalam penulisan karya realisme magis, wujud unsur-unsur penggabungan dunia yang merujuk kepada kewujudan dunia realiti dan dunia magis yang hampir bergabung. Oleh itu, kajian ini bertujuan menganalisis ciri-ciri realisme magis yang terdapat dalam Kumpulan Cerpen Laron karya Jasni Matlani (2010)...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Asmiaty Amat,, Roziah Adama,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/16718/1/28263-154710-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/16718/
https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1368
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Dalam penulisan karya realisme magis, wujud unsur-unsur penggabungan dunia yang merujuk kepada kewujudan dunia realiti dan dunia magis yang hampir bergabung. Oleh itu, kajian ini bertujuan menganalisis ciri-ciri realisme magis yang terdapat dalam Kumpulan Cerpen Laron karya Jasni Matlani (2010) yang menghimpunkan 30 buah cerpen karya Jasni Matlani. Walau bagaimanapun kajian ini hanya meneliti tiga cerpen dalam Kumpulan Cerpen Laron, iaitu “Laron”, “Dua Helai Daun”, dan “Perempuan Berbau Harum”. Skop kajian ini hanya mengaplikasikan satu daripada lima ciri realisme magis mengikut aliran Wendy B. Faris (2004), iaitu dua dunia yang hampir bergabung atau “merging realms”. “Merging realms” dalam buku Wendy B. Faris Ordinary Enchantments Magical Realism and Remystifiction of Narratives bermaksud wujudnya dua dunia yang hampir bergabung dalam karya realisme magis. Oleh itu, bagi menganalisis cerpen yang mengandungi elemen dunia yang hampir bergabung, analisis memfokuskan pada penggabungan dunia realiti dan dunia lain dalam cerpen-cerpen yang dikaji. Hasil kajian menunjukkan cerpen-cerpen Jasni Matlani memenuhi konsep elemen dunia yang hampir bergabung dan dikategorikan sebagai karya realisme magis.