Inventori fonem dialek Melayu Tioman-Aur-Pemanggil di Salang

Makalah ini membicarakan salah satu varian dialek Melayu Melayu Tioman-Aur-Pemanggil (DMTAP) yang terdapat di Pahang, iaitu varian Salang (VSLG). Dialek ini dikatakan sebagai dialek yang hampir pupus. Oleh itu, kajian ini secara umumnya ingin mengumpul data yang semakin hilang penggunaanya. Da...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Norfazila Ab. Hamid,, Norhasliza Ramli,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/16698/1/47711-154489-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/16698/
https://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/1390
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Makalah ini membicarakan salah satu varian dialek Melayu Melayu Tioman-Aur-Pemanggil (DMTAP) yang terdapat di Pahang, iaitu varian Salang (VSLG). Dialek ini dikatakan sebagai dialek yang hampir pupus. Oleh itu, kajian ini secara umumnya ingin mengumpul data yang semakin hilang penggunaanya. Data yang dapat dikumpulkan ini dicerakinkan semula aspek-aspek fonologi yang masih belum mendapat penjelasan terhadap beberapa kajian tentang DMTAP terutamanya dalam menentukan jumlah inventori fonem dan penentuan varian dalam DMTAP. Oleh itu, objektif kajian dalam makalah ini adalah menentukan jumlah inventori fonem. Selain itu, kajian ini turut memaparkan penyebaran bunyi vokal, diftong dan analisis keberadaan alternasi dalam DMTAP VSLG ini. Pendekatan yang dimanfaatkan dalam mencapai objektif kajian ini ialah pendekatan struktural. Hasil kajian membuktikan bahawa DMTAP VSLG mempunyai 8 fonem vokal, 2 diftong dan 18 fonem konsonan. Oleh itu, diharapkan kajian ini dapat merungkai segala permasalahan yang timbul dalam kajian-kajian yang lepas dan dapat memelihara jati diri warisan bangsa Melayu melalui bahasa.