Keterampilan peribadi pelajar sebagai satu bentuk kemahiran komunikasi dan kepentingannya dalam pasaran dunia pekerjaan
Artikel ini membincangkan keterampilan peribadi pelajar sebagai satu bentuk kemahiran komunikasi dan kepentingannya dalam pasaran dunia pekerjaan. Kemahiran komunikasi telah dikenal pasti sebagai satu elemen yang membantu graduan dalam mempertingkatkan kualiti keperibadian mereka. Manusia berko...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2021
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16656/1/44819-152430-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/16656/ https://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1387 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Artikel ini membincangkan keterampilan peribadi pelajar sebagai satu bentuk kemahiran komunikasi
dan kepentingannya dalam pasaran dunia pekerjaan. Kemahiran komunikasi telah dikenal pasti
sebagai satu elemen yang membantu graduan dalam mempertingkatkan kualiti keperibadian mereka.
Manusia berkomunikasi kerana ingin mempengaruhi pemahaman orang lain, sikap dan juga tindakan
pihak lain sama ada mereka bersetuju atau tidak ke atas sesuatu isu. Selain itu, komunikasi juga
merupakan proses dua hala yang mana kedua-dua belah pihak harus memberi respons terhadap
sesuatu maklumat yang disampaikan. Justeru kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk menganalisis
kemahiran komunikasi bukan lisan serta tahap keterampilan peribadi pelajar di UPM dan UMS. Data
yang diperoleh menerusi kaedah survei dianalisis secara deskriptif dan inferensi dengan menggunakan
analisis deskriptif min, korelasi dan regresi. Hasil dapatan menunjukkan kesedaran pelajar terhadap
kemahiran komunikasi bukan lisan berada pada tahap tinggi. Begitu juga dengan keterampilan
peribadi mereka, berada pada tahap tinggi. Sementara analisis regresi mendapati, kemahiran
komunikasi bukan lisan memberi sumbangan varians ke atas keterampilan peribadi sebanyak 36.9
peratus. Dengan adanya keterampilan yang baik, pelajar dapat meningkatkan kemahiran diri masing-masing. Konsep keterampilan diri meliputi tiga elemen utama iaitu keterampilan komunikasi,
kemahiran kepimpinan dan juga keterampilan bekerja dalam kumpulan. Graduan yang memiliki
ketiga-tiga elemen ini akan memudahkan mereka membina keperibadian diri yang baik seterusnya
membantu mereka membawa diri dalam dunia pekerjaan. |
---|